Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 5 5G dengan skrin OLED 90Hz dan Snapdragon 765G akan dilancarkan bulan hadapan

Google Pixel 5


Baru-baru ini Google telah memperkenalkan Pixel 4a sebagai pencabar kepada Apple iPhone SE, selepas pelancaran itu, Google juga telah mula menunjukkan teaser varian 5G Pixel 4a yang dijangka akan dilancarkan bersama Pixel 5 pada 30 September.

Android Central melaporkan sumber yang rapat dengan Google telah mengesahkan bahawa Pixel 5 akan hadir dengan 8GB RAM dan 128GB storan dalaman manakala pemproses yang akan digunakan adalah Snapdragon 765G.

Selain itu, Pixel 4a 5G juga akan hadir dengan pemproses yang sama seperti Pixel 5

Selain itu, Pixel 5 juga dijangka akan hadir dengan skrin paparan OLED 90Hz berukuran 6.0-inci demgan resolusi mungkin hanya FHD+.

Pixel 5 5G

Menyentuh aspek fotografi pula, Pixel 5 dijangka akan hadir dengan tetapan dwi kamera iaitu kombinasi sensor wide angle dan ultrawide angle yang pertama kali digunakan telefon pintar Pixel.

Buat masa ini kapasiti bateri Pixel 5 masih belum diketahui namun kapasiti baterinya dijangka lebih besar dari kapasiti 2,800mAh yang digunakan pada Pixel 4a dan akan terdapat juga sokongan pengecasan pantas 15W dan reverse charge 5W.

Google Pixel 4a 5G akan ditawarkan pada harga $499 namun buat masa ini masih belum ada harga penjualan bagi Pixel 5 diketahui.

sumber gambar : @onleaks

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.