Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8S versi 3/64GB kini di Malaysia pada harga serendah RM 429 sahaja

Honor 8S
Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa Honor 8S versi 3/64GB kini telah mula ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 429 sahaja.

Honor 8S telah memasuki pasaran tempatan lewat tahun lalu dan ianya merupakan telefon pintar kelas entry-leve yang memiliki skrin paparan waterdrop HD+ berukuran 5.71-inci, pemproses 12nm MediaTek 6761, kamera utama 13MP, kamera selfie 5MP dan bateri berkapasiti 3,020mAh.

Selain itu, Honor 8S juga dilengkapi EMUI 9.0, sokongan tri-SIM (2 SIM + 1 microSD) dan Wi-Fi 802.11 b/g/n (2.4GHz).

Honor 8S versi baharu ini boleh dibeli mulai 22 Ogos ini di Hihonor, Shopee dan Lazada, didalam dua pilihan warna iaitu Aurora Blue dan Navy Blue.

Bagi anda yang berminat mendapatkan Honor 8S versi 2/32GB, ianya masih ditawarkan pada harga RM 369 (percuma kad microSD 32GB dengan pembelian di Hihonor) dan ianya boleh didapati didalam warna hitam dan biru.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.