Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C12 tiba di Malaysia 25 Ogos – 828 Fans Festival juga akan berlangsung bulan ini

realme 828 Fans Festival
realme Malaysia telah mengumumkan bahawa pelancaran realme C12 dengan bateri berkapasiti 6,000mAh akan diadakan pada 25 Ogos ini.

realme C12 adalah model terbaru didalam siri kelas entry-level syarikat ini dan juga merupakan telefon pintar pertama realme untuk memiliki kapasiti bateri 6,000mAh.

realme C12 Malaysia

Selain itu, realme C12 yang telah dilancarkan di Indonesia juga hadir dengan skrin paparan IPS LCD HD+ berukuran 6.5-inci, pemproses Helio G35, tri-kamera 13MP + 2MP + 2MP dengan Nightscape, kamera selfie 5MP dan realme UI.

Pastikan anda tidak terlepas siaran langsung majlis pelancaran realme C12 Malaysia di Facebook realme Malaysia pada jam 11 pagi (25 Ogos 2020).

Selain itu, realme Malaysia juga telah mengumumkan kempen Dare to Be realme yang berlangsung serentak dengan festival 828 fans festival.

realme C12 tiba di Malaysia 25 Ogos - 828 Fans Festival juga akan berlangsung bulan ini 3

828 fans festival telah menyaksikan realme berkerjasama dengan pelbagai jenama popular seperti Laneige, Sunway Lagoon, Lazada, Shopee, Nene Chicken, Nerdunit, Eggette Lab, BaWangChaJi dan banyak lagi.

realme 828 fans festival akan berlangsung pada 28 dan 29 Ogos ( dari jam 11.30 pagi sehingga 10 malam) dan pada 30 Ogos dari 11.30 pagi sehingga 12 tengah malam.

Maklumat lanjut mengenai realme 828 Fans Festival boleh diketahui di  Facebook dan Instagram rasmi realme Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.