Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelancaran Siri Apple iPhone 12 semakin pasti ditunda ke bulan Oktober

Pelancaran Siri Apple iPhone 12 semakin pasti ditunda ke bulan Oktober 5
Penganalisa teknologi, Jon Prosser telah mendedahkan maklumat pelancaran dan penjualan siri Apple iPhone 12, Apple Watch dan Apple iPad yang baru.

Prosser terkenal dengan ketepatan ramalan beliau dan dia juga telah meramalkan pelancaran Apple iPhone SE pada bulan Mac yang lalu.

Menurut kemaksini akaun Twitter beliau yang terbaru, Apple akan mengadakan pelancaran Siri Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Pro pada minggu ke-42 tahun ini atau sekitar 12 Oktober 2020 dengan pra-tempahan bagi iPhone 12 sahaja dibuka pada minggu sama (penjualan bermula 7 hari kemudian).

Pelancaran Siri Apple iPhone 12 semakin pasti ditunda ke bulan Oktober 6

Apple iPhone 12 Pro pula dijangka akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada bulan November.

Selain itu, Jom Prossser juga memberikan maklumat bahawa pelancaran generasi terbaru Apple iPad 10.2 dan Apple Watch Series 6 akan berlangsung pada 7 September namun tiada sebarang pelancaran khas akan diadakan.

Selain Apple iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, Apple juga dijangka akan melancarkan Apple iPhone 12 dan iPhone 12 Max.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.