BMW M8 Coupe, M8 Gran Coupe, X4 M Competition dan X3 M Competition kini di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 886K hingga RM 1.45 juta
BMW Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan 4 model kereta terbaru mereka didalam keluarga M iaitu BMW M8 Coupé, BMW M8 Gran Coupé selain dua model SUV BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition.
Bercakap mengenai BMW M8 Coupé dan BMW M8 Gran Coupé, ianya menggunakan enjin S63 4.4 litre twin-turbocharged V8 yang sama seperti pada BMW M5 yang menawarkan 600hp dan 750nm.
Dari segi pretasi, kedua-dua kereta M8 ini mampu mencapai kelajuan 0-100KM/j didalam masa 3.3 saat sahaja manakala kelajuan maksima yang dihadkan adalah 250KM/j namun terdapat pakej tambahan M Driver yang membolehkan kelajuan maksima mencecah 305KM/j
Warna & Harga Penjualan
BMW M8 Coupé dan M8 Gran Coupé ditawarkan didalam cat luaran yang mempunyai nama Alpine White, Brands Hatch Grey, Marina Bay Blue, Motegi Red, Black Sapphire, Donington Grey dan Barcelona Blue manakala pada bahagian dalaman, anda boleh memilih untuk kemasan kulit Merino didalam warna Hitam atau Putih (Silverstone).
Selain itu, BMW M8 Coupé juga ditawarkan didalam warna eksklusif yang memerlukan anda membayar tambahan RM 30,000.
Berikut adalah harga penjualan BMW M8 Coupé dan BMW M8 Grand Coupé di Malaysia (tanpa SST dan Insuran).
BMW M8 Coupé : RM 1,452,960.88
BMW M8 Gran Coupé : RM 1,455,145.25
Beralih kepada BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition, ianya ditawarkan di Malaysia dengan enjin S58 3.0 litre twin-turbocharged yang berupaya menghasilkan 519hp dan 600nm.
Bercakap memgenai prestasi, BMW X3 M Competition dan BMW X4 M Competition berupaya mencapai kelajuan 0-100KM/h didalam masa 4.1 saat dengan kelajuan maksikma adalah 250KM/h manakala pengunaan minyak adalah sekitar 10.6 liter/100KM
Harga penjualan BMW X4 M Competition dan BMW X3 M Competition adalah seperti berikut :
BMW X4 M Competition : RM 904,276.60
BMW X3 M Competition : RM 886,551.58
Maklumat lanjut mengenai kereta terbaru BMW M ini boleh anda ketahui di SINI