Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme SUPER SAVER day – percuma produk AIoT dengan pembelian telefon pintar dan promosi AIoT Bundle Bag pada 15 Ogos ini

realme super saver day
realme Malaysia telah mengumumkan promosi realme SUPER SAVER Day yang membolehkan anda menikmati satu produk AIoT percuma dengan pembelian telefon pintar atau promosi AIoT Bundel Bag yang bernilai RM 600 sahaja.

Pada 15 Ogos ini, realme akan menawarkan anda produk AIoT percuma dengan pembelian salah satu daripada 3 model telefon pintar realme.

Berikut adalah telefon pintar realme yang menerima produk AIoT realme secara percuma :

realme 6 Pro – RM 1,399 – percuma realme Buds Air Neo

realme X3 SuperZoom 12/256GB – RM 2,299 – percuma realme Watch

realme 6 – RM 1,199 – percuma realme Band

Selain itu, realme juga akan menawarkan AIoT Bundle Bag yang mana tiga produk AIoT realme boleh dimiliki pada harga yang lebih murah iaitu hanya RM 600.

AIoT Bundle Bag ini mengandungi satu unit realme Buds + satu unit Powerbank 10,000mAh (18W) + satu unit realme Watch yang mempunyai nilai keseluruhan RM 727.

Promosi realme SUPER SAVER Day ini boleh dinikmati di semua brand store realme yang terpilih.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.