Xiaomi Mi 10 Ultra kini rasmi – skrin 120Hz, zoom persikop 120x, Snapdragon 865 dan pengecasan pantas 120W
Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Mi 10 Ultra, telefon pintar edisi khas sempena ulang tahun ke-10 syarikat China ini.
Xiaomi Mi 10 Ultra hadir dengan pengecasan pantas 120W, kebolehan zoom persikop 120x dan pemproses Qualcomm Snapdragon 865.
Xiaomi Mi 10 Ultra hadir dengan pelbagai perbezaan drastik apabila dibandingkan dengan Mi 10 Pro termasuk skrin paparan dengan kadar segar semula 120Hz, pengecasan tanpa wayar 50W dan pengecasan pantas berwayar 120W.
Skrin paparan 120Hz Mi 10 Ultra ini adalah panel FHD+ OLED berukuran 6.67” dengan kadar pensampelan skrin 240Hz dan sokongan HDR10+.
Beralih kepada kamera, Mi 10 Ultra hadir dengan sensor utama 48MP yang menyokong IOS, sensor 20MP ultrawide 128°, sensor telefoto 120x digital zoom yang juga mempunyai resolusi 48MP dan sensor potret 12MP. Kamera selfie adalah 20MP.
Xiaomi Mi 10 Ultra juga menyokong rakaman video 8K, video gerak perlahan 960fps, NightMode 2.0, video ShootSteady dan mod Vlog.
Xiaomi Mi 10 Ultra juga akan disertakan dengan kapasiti RAM sehingga 16GB jenis LPDRR5 manakala storan dalaman adalah sehingga 512GB jenis UFS 3.1.
Xiaomi Mi 10 Ultra juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh, Wi-Fi 6, pembesar suara stereo, sensor caphari terbina dalam skrin dan teknologi penyejukan peranti LiquidCool 2.0.
Xiaomi Mi 10 Ultra akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Mercury Silver dan edisi lutsinar.
Berikut adalah harga penjualan Xiaomi Mi 10 Ultra di China :
Xiaomi Mi 10 Ultra 8GB+128GB – CNY 5,299 (RM 3,199)
Xiaomi Mi 10 Ultra 8GB+256GB – CNY 5,599 (RM 3,379)
Xiaomi Mi 10 Ultra 12GB+256GB – CNY 5,999 (RM 3,620)
Xiaomi Mi 10 Ultra 16GB+512GB – CNY 6,999 (RM 4,224)
Buat masa ini masih belum ada maklumat bila Mi 10 Ultra akan ditawarkan ke pasaran antarabangsa.