vivo kini di kedudukan No.1 bagi pasaran telefon pintar di Malaysia
Pandemik Covid-19 telah membawa pelbagai kesan dari segi ekonomi dan juga kehidupan harian dengan norma baharu sentiasa menjadi aspek yang perlu diutamakan sehingga kita benar-benar bebas dari wabak ini.
Kesan covid-19 didalam industri telefon pintar juga ada antaranya adalah Samsung yang kehilangan kedudukan No.1 kepada Huawei namun dengan pemulihan dan pembukaan semula sektor ekonomi di pasaran utama dunia, Samsung dijangka akan kembali ke kedudukan No.1 didalam masa terdekat.
Bagi pasaran telefon pintar ini di Malaysia pula, laporan terbaru Canalys bagi pasaran telefon pintar pada suku kedua 2020 menyaksikan vivo kini telah mengambil alih kedudukan No.1 dengan 21% pegangan pasaran iaitu peningkatan 59% berbanding suku kedua 2019.
Tempat kedua pula kini di sandang oleh Oppo dengan 18% pegangan pasaran iaitu peningkatan 6% berbanding suku yang sama tahun lalu manakala Samsung kini ditempat ketiga dengan 16% perkongsian pasaran dan menjadi satu-satunya syarikat didalam top 5 untuk mencatatkan penurunan (turun 31% berbanding suku kedua 2019).
Mengekori rapat Samsung adalah Huawei yang kini merupakan syarikat telefon pintar No.1 dunia dengan 16% pegangan pasaran telefon pintar Malaysia ( peningkatan 34% berbanding suku kedua 2019).
Kedudukan kelima bagi pasaran telefon pintar Malaysia dipegang oleh Xiaomi dengan 12% pegang pasaran iaitu peningkatan sebanyak 41% berbanding suku kedua 2019.
Laporan terbaru Canalys ini memberikan petunjuk bahawa Samsung adalah syarikat yang amat terkesan dengan pandemik covid-19 namun pemulihan pasaran dan ekonomi mungkin menyaksikan Samsung kembali menunjukkan prestasi yang kukuh sepanjang tahun ini.