Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Buds Live – TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang

Samsung Galaxy Buds Live
Selain pelancaran Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra, Samsung juga telah memperkenalkan Galaxy Buds Live (percuma dengan setiap pra-tempahan Galaxy Note20 Ultra 5G).

Samsung Buds Live - TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang 9
Samsung Galaxy Buds Live adalah earbuds terbaru Samsung yang mana ianya hadir dengan reka bentuk unik seperti kekacang dan juga disertakan dengan teknologi pembatalan ganguan bunyi aktif (ANS).

Samsung Buds Live - TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang 10

Pada bahagian dalaman, Galaxy Buds Live hadir dengan pemacu 12mm dan bass duct manakala pada bahagian luaran terdapat 3 mikrofon yang diletakkan pada posisi yang startegik dan terdapat juga Voice Pickup Unit.

Samsung Buds Live - TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang 11
Galaxy Buds Live juga menawarkan Game Mode yang memberikan anda latensi rendah selain fungsi bantuan suara Bixby namun terhad mengikut pasaran tertentu.

Samsung Buds Live - TWS terbaru Samsung dengan ANC dan reka bentuk seperti kekacang 12

Selain itu, Samsung Galaxy Buds juga mempunyai bateri 60mAh pada buds dan 470mAh pada kotak pengecasan yang memberikan sehingga 21 jam waktu pengunaan dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar Qi.

Samsung Galaxy Buds dijangka akan ditawarkan tidak lama lagi dengan harga penjualan RM 699 dan ianya boleh digunakan bersama peranti Android dan iOS.

Tarikh penjualan di Malaysia masih belum diumumkan buat masa ini.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.