vivo iQOO 5 dengan pengecasan pantas 120W akan dilancarkan pada 17 Ogos ini
Minggu lalu, anak syarikat vivo iaitu iQOO telah memperkenalkan teknologi pengecasan pantas mereka yang mampu memenuhi bateri berkapasiti 4,000mAh didalam 15 minit sahaja.
Pelancaran telefon pintar dengan teknologi pengecasan pantas ini nampaknya kini telah disahkan akan dilancarkan pada 17 Ogos ini dan ianya akan dikenali sebagai iQOO 5.
Poster teaser bagi telefon pintar ini mengesahkna ianya akan memiliki pengecasan pada kadar 120W dengan angkat 15 minit juga diletakkan pada poster.
vivo iQOO 5 akan menjadi telefon pintar pertama syarikat untuk menggunapakai teknologi pengecasan baru ini.
Selain itu, iQOO 5 juga akan hadir dengan skrin paparan AMOLED 120Hz, pemproses flagship Snapdragon 865, storan dalaman jenis UFS 3.1 dan LPDDR5 RAM.
vivo iQOO 5 dijangka tidak akan memasuki pasaran Malaysia.