Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Unpacked 2020 akan berlangsung jam 10 malam ini – bagaimana untuk menontonya


Majlis pelancaran Samsung Galaxy Unpacked 2020 akan berlangsung malam ini iaitu pada 10 malam waktu Malaysia.

Seperti yang kami telah laporkan sebelum ini, Majlis pelancaran Unpacked 2020 kali ini akan menyaksikan pelancaran 5 produk terbaru Samsung yang akan berlangsung didalam satu ‘norma baru’ susulan pandemik covid-19 yang masih aktif.


Samsung dijangka akan melancarkan 5 produk terbaru mereka dan ianya termasuk tablet siri Galaxy Tab S7, jam pintar Galaxy Watch 3 dan Galaxy Buds Live.

Ini bermaksud buat pertama kalinya, pelancaran Unpacked Samsung akan berlansung tanpa sebarang kehadiran media dan ianya akan diadakan di Samsung Digital City yang terletak di Suwon, Korea Selatan.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan majlis pelancaran rasmi Samsung Unpacked 2020 ini, anda boleh ditonton di laman web rasmi Samsung atau di YouTube Samsung yang juga boleh ditonton dibawah :

sumber gambar : @Evleaks

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.