Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan telefon pintar 5G termurah di Malaysia pada harga RM 1 melalui pelan MaxisONE

 

Walaupun rangkaian 5G masih belum ditawarkan di Malaysia, ini tidak bermaksud anda tidak boleh beralih kepada telefon pintar 5G yang sudah mula ditawarkan oleh pelbagai syarikat telekomunikasi yang termasuk Maxis.

HUAWEI nova 7 SE yang merupakan telefon pintar 5G termurah di Malaysia kini boleh boleh dimiliki pada harga serendah RM 1 sahaja iaitu melalui pelan pascabayar MaxisONE 158 dan MaxisONE 188.

Selain itu, Maxis juga menawarkan HUAWEI nova 7 pada harga dari serendah RM39 sebulan juga melalui pelan Maxis Zerolution 188.

Selain itu, Nova 7 juga boleh dimiliki pada pelan Maxis Zerolution 158 atau Maxis Zerolution 128 yang mana bayaran bulanan bagi peranti masing-masing adalah RM 49 dan RM 59 sebulan.

Huawei Nova 7 SE dan Huawei Nova 7 juga akan menerima akses percuma kepada 300 video pembelajaran interaktif yang menampilkan 22 pakar didalam 15 sektor terpilih di HUAWEI Video.

 Dapatkan HUAWEI nova 7 SE melalui Maxis

Dapatkan HUAWEI nova 7 melalui Maxis

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.