Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Reno 4 akan dilancarkan di Malaysia – skrin 90Hz dan pemproses Snapdragon 765G


Oppo Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri telefon pintar Oppo Reno 4 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Siri Oppo Reno 4 ini telah dilancarkan ke pasaran China pada bulan Jun yang lalu dimana dua model yang diperkenalkan adalah Reno 4 dan Reno 4 Pro.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro membawakan skrin paparan OLED dan pemproses Snapdragon 765G dan tetapan kamera yang baik.

Oppo Reno 4 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki kamera selfie dual-punch hole 32MP + 2MP manakala Reno 4 Pro pula hadir dengn skrin paparan 90Hz dengan kamera selfie 32MP (punch-hole).

42DD3B1E-E426-4AC9-82E4-D86018CAEFA3-1024x800.jpeg

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP dan 2MP sensor depth manakala Reno 4 Pro memiliki sensor utama yang sama namun sensor ultrawide adalah 12MP selain sensor telefoto 13MP yang menawarkan 5x zoom hibrid optik dan 20x zoom digital dan terdapat juga mod Live HDR bagi video.

C00EDD1E-774C-495B-A243-C74179098830-699x1024.jpeg

Reno 4 dan Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 765G yang dipadankan dengan sehingga 12GB RAM dan sehingga 256GB storan dalaman.

Kedua-dua model didalam siri Reno 4 ini juga hadir dengan sokongan 5G dan ColorOS 7.2 manakala bateri adalah 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.