Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X50 Pro dan X50 akan dibuka untuk pra-tempah 21 Julai di Lazada – harga dari RM 2399


Minggu lalu,vivo Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar vivo X50 dan vivo X50 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia pada 21 Julai ini.

Telefon pintar ini mencuri tumpuan global kerana ianya hadir dengan teknologi kamera gimbal yang pertama kali digunakan pada industri telefon pintar.

vivo Malaysia kini telah mengesahkan bahawa pra-tempahan bagi vivo X50 dan X50 Pro akan dibuka mulai 21 Julai secara eksklusif di Lazada.

Setiap pra-tempahan siri vivo X50 di Lazada akan menerima hadiah bernilai RM 697 iaitu 1 tahunan lanjutan waranti, 1 tahun waranti skrin retak, 1 unit penapis udara dan 1 unit speaker Bluetooth Logitech X50.

Buat masa ini harga penjualan vivo X50 dan X50 Pro masih belum diketahui, namun ianya akan bermula dari RM 2,399 sahaja.

Selain itu, pembelian Vivo X50 Pro 5G juga membolehkan anda membeli TWS Neo yang bernilai RM 359 pada harga RM 99 sahaja.

Pastikan anda menonton siaran langsung pelancaran vivo X50 dan X50 Pro di Facebook vivo Malaysia pada 21 Julai ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.