Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone 7 dan ZenFone 7 Pro bakal hadir dengan pemproses Snapdragon 865 dan 865+


Pelancaran telefon pintar gaming terbaru Asus iaitu ROG Phone III telah disahkan akan berlangsung pada 22 Julai ini namun Asus juga dilihat memperkenalkan dua lagi model siri flagship ZenFone 7.

Walaupun tidak begitu mendapat tumpuan khususnya kerana ROG Phone 3, siri Asus ZenFone 7 dilihat akan menawarkan pengguna prestasi yang hampir sama seperti telefon pintar gaming Asus ini.

Kod kernel Asus ZenFone 7 dan ZenFone 7 Pro mendedahkan bahawa telefon pintar ini akan menggunapakai pemproses yang mempunyai kelajuan 2.4GHz dan 3.09GHz.

Pemproses 2.4GHz ini dilihat merujuk kepada pemproses Snapdragon 865 yang akan digunakan pada Asus ZenFone 7 manakala pemproses 3.09GHz pula merujuk kepada Snapdragon 865+ yang akan digunakan pada ZenFone 7 Pro.

Walaupun pelancaran Asus ROG Phone III telah disahkan berlangsung pada 22 Julai, status pelancaran ZenFone 7 ini masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.