Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon Pintar Gaming Lenovo Legion dilancarkan 22 Julai – skrin 144Hz, SD865+ dan pengecasan pantas 90W telah disahkan

Lenovo Legion Malaysia
Telefon pintar gaming Lenovo Legion telah hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini dengan pelancaran rasmi kini hanya berbaki 5 hari sahaja lagi.

Gambar lakaran rasmi Lenovo Legion kini telah mula diperlihatkan dan ianya tidak kurang menawan.

Gambar lakaran telefon pintar gaming Lenovo ini telah mula dipaparkan di JD.com dan di akaun rasmi Weibo Lenovo Legion.


Berdasarkan gambar ini, adalah dapat disahkan bahawa Lenovo Legion Pro akan disertakan dengan kamera selfie pop-up 20MP yang diletakkan pada bahagian sisi yang mana ianya dilihat untuk memudahkan gamers melakukan live stream permainan video yang disertakan dengan rakaman video melalui kamera hadapan.

Selain itu, kamera belakang Lenovo Legion juga berada pada lokasi yang berbeza iaitu dibahagian tengah panel belakang dan sensor dwi-kamera ini juga dipadankan dengan lampu flash LED diatas logo Legion.

Beralih kepada skrin paparan, ukuran skrin ini masih belum diketahui namun ianya adalah panel OLED dengan kadar segar semula 144Hz.

Selain itu, Lenovo Legion juga akan hadir dengan pemproses Snapdragon 865+ yang sama seperti Asus ROG Phone 3 dan teknologi pengecasan pantas 90W.

Pelancaran  Siri Lenovo Legion dan Asus ROG Phone III akan berlangsung pada 22 Julai ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.