Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 Pro 5G Malaysia – Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 1

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 2
realme X50 Pro 5G Malaysia – Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran

Selepas penantian lama, detik yang ditunggu-tunggu oleh peminat realme di Malaysia telah tiba yang mana realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme X50 Pro 5G.

Telefon pintar 5G pertama realme di Malaysia iaitu realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan pelbagai spesfikasi kelas flaghsip yang pasti memberikan cabaran sengit kepada telefon pintar flagship lain dipasaran.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 3

Pemproses Snapdragon 865

realme X50 Pro 5G juga dilengkapi dengan pemproses kelas flagship terbaik dipasaran iaitu Qualcomm Snapdragon 865 yang difokuskan untuk menawarkan pengguna prestasi telefon pintar terbaik yang termasuk untuk senario gaming ekstrim.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 4

realme X50 Pro merupakan telefon pintar pertama didunia untuk melepasi mata 600,000 diujian Benchmark AnTuTu dengan 605,327 mata.

Pemproses Snapdragon 865 ini menawarkan pengguna 25% peningkatan prestasi CPU manakala kecekapan tenaga pula adalah 30% lebih baik berbanding generasi lalu.

Unit pemprosesan grafik yang disertakan bersama pemproses Snapdragon 865 ini juga hadir dengan kepantasan pemprosesan grafik yang lebih pantas iaitu hampir 25% lebih pantas berbanding pemproses generasi sebelum ini.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 5

Sokongan 5G Yang Terbaik & Terpantas di Pasaran

Walaupun hadir sebagai telefon pintar pertama 5G realme, realme X50 Pro mempunyai kebolehan untuk menawarkan pengguna satu pengalaman 5G yang terbaik dan terpantas tidak kira dimana anda berada.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 6

realme X50 Pro 5G mampu menawarkan pengguna kelajuan rangkaian hampir 10 kali ganda lebih pantas berbanding rangkaian 4G dengan kelajuan muaturun sekitar 3.45Gbps manakala kelajuan muatnaik pula sekitar 900Mbps.

Antena yang disertakan pada realme X50 Pro 5G ini juga memastikan rangkaian 5G anda akan sentiasa stabil dan konsisten tanpa sebarang latensi.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 7

realme X50 Pro 5G juga dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 6 yang menawarkan kelajuan muatturn yang 40% lebih pantas manakala kadar latensi adalah 33% lebih rendah.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 8

LPDDR5 RAM

realme X50 Pro 5G di Malaysia akan hadir dengan varian yang tertinggi iaitu 12GB RAM dan 256GB storan dalaman.

Apa yang menarik adalah, realme X50 Pro 5G dilengkapi dengan RAM jenis LPDDR5 yang terkini.

Ini bermaksud RAM LPDDR5 yang digunakan pada realme X50 Pro 5G adalah 2 kali ganda lebih pantas berbanding generasi pertama LPDDR4 dan hampir 50% lebih pantas berbanding versi kedua LPDDR4.

Selain itu, perbandingan antara LPDDR5 dan LPDDR4x didalam peranti Snapdragon 865 yang sama juga membuktikan bahawa LPDDR5 adalah 29% lebih pantas dan 20% lebih cekap tenaga apabila di bandingkan dengan RAM LPDDR4x.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 9

UFS 3.0+ Turbo Write+ HPB

Bercakap mengenai ROM, realme X50 Pro 5G menggunapakai sistem UFS 3.0 dwi-saluran. Di dalam optimasi algoritma, realme telah membangunkan Turbo Write dan teknologi HPB yang meningkatkan kelajuan sehingga 1700-1900 MB/s. Ini membolehkan anda melakukan pemindahan fail dengan sekelip mata sahaja.

Dengan pemproses kelas flagship terbaik dipasaran iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 865 5G, realme X50 Pro 5G menjanjikan pengguna satu pakej telefon pintar yang lengkap dengan pelbagai teknologi kelas flaghip dan lebih penting terpantas dipasaran.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 10

Pengecasan Pantas 65W SuperDart Flash Charge

Amat membanggakan bagi realme adalah, ianya kini merupakan antara syarikat yang menawarkan teknologi pengecasan pantas yang terbaik dipasaran.

Dengan teknologi pengecasan 65W SuperDart Flash Charge , bateri berkapasiti 4,200mAh pada realme X50 Pro 5G boleh dicaj penuh didalam masa 35 minit sahaja dan didalam masa 20 minit sahaja, pengecasan peranti akan mencapai 60%.

Berita baik bagi kaki gamers diluar sana, teknologi pengecasan pantas 65W SuperDart Flash Charge juga menyokong pengecasan pantas ketika gaming yang mana didalam masa 30 minit, realme X50 Pro mampu mencapai tahap 57%.

Untuk memberikan pengguna realme X50 Pro 5G kemudahan apabila tertinggal palam pengecas, realme X50 Pro 5G juga disertakan dengan sokongan pengecasan 18W QC/PD dan 30W VOOC 4.0 Flash Charge.

Bersama-sama pembelian realme X50 Pro 5G, pengguna juga akan menerima adapter pengecasan yang dilengkapi dengan bahan GaN.

GaN merupakan bahan semikonduktor canggih dan pengunaan bahan yang diperbuat daripada GaN pada adapter meningkatkan kecekapan pengecasan dan pada masa yang sama mengurangkan penghasilan haba,

Ini bermaksud, pengunaan pengecasan GaN membolehkan kuasa pengecasan yang lebih tinggi.

realme X50 Pro 5G Malaysia - Telefon Pintar Flaghsip Paling Pantas di Pasaran 11

Skrin Paparan Super AMOLED 90Hz

Sebagai telefon pintar flaghsip, realme X50 Pro 5G juga telah dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED yang mempunyai kadar segar semula 90Hz dan kadar persampelan 180Hz.

Skrin paparan Super AMOLED realme X50 ini mempunyai resolusi FHD+ (2400 x 1080) dengan nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 92%.

Panel skrin realme X50 Pro juga mempunyai sokongan HDR10+, 100% DCI-P3 dan gamut warna NTSC 105% yang memberikan pengguna pengalaman skrin yang sentiasa imersif dan selesa untuk mata.

realme X50 Pro 5G Malaysia

Dapatkan realme X50 Pro 5G di Lazada!

Dengan kesemua ciri kelas flaghsip di atas, anda pasti tidak sabar untuk menjadi antara pemilik terawal realme X50 Pro 5G di Malaysia dan penjualan telefon pintar ini akan bermula pada 7 Julai ini di Lazada dengan harga jualan yang amat kompetitif iaitu RM 2,999.

Dapatkan realme X50 Pro di Lazada sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.