Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 7 5G akan mula ditawarkan di Malaysia esok pada harga RM 1,999

Huawei nova 7 5g

Selepas pelancaran HUAWEI nova 7 SE 5G ke pasaran Malaysia beberapa minggu lalu, HUAWEI kini telah telah mengumumkan bahawa HUAWEI nova 7 akan mula dibuka untuk pra-tempahan pada 7 Julai ini dan pra-tempahan hanya akan dibuka untuk sehari sahaja.

HUAWEI nova 7 akan hadir dengan harga penjualan RM 1,999 dan pra-tempahan telefon pintar ini akan dibuka tepat pada 12 tengah malam ini dengan setiap pembelian akan menerima 3 ganjaran istimewa yang bernilai hampir RM 1,571 seperti berikut :

  • Pakej hadiah bernilai RM 1,315 – sepasang speaker mini, casing nova 7, storan HUAWEI Cloud 15GB untuk 12 bulan, ganjaran Member Centre bernilai RM 1,000.
  • HUAWEI SuperCharge Powerbank 10,000 mAh bernilai RM 256
  • Peluang memenangi HUAWEI MateBook 13 bernilai RM 3,499.

Berikut adalah spesifikasi utama HUAWEI nova 7 :

  • skrin paparan OLED HUAWEI Punch FullView 6.53”
  • Pemproses Kirin 985 5G
  • Kamera Selfie In-Screen 32 MP
  • Kamera belakang 64MP + 8MP + 8MP + 2MP
  • 5x Zoom Hibrid + 20x Zoom Digital
  • Bateri 4,000mAh + 40W HUAWEI SuperCharge
  • 8GB RAM/256GB ROM
  • Warna : Space Silver + Midnight Purple

Beli HUAWEI nova 7 di pautan dibawah :

HUAWEI nova 7

HUAWEI Mid-Year Sales 2020

Selain HUAWEI nova 7, Huawei juga akan menawarkan HUAWEI WiFi AX3 pada harga RM299 sahaja.

baca : ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G – telefon pintar 5G untuk semua

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.