Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 17
realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah

Ketika pelancaran barisan produk AIoT realme di Malaysia, realme telah memperkenalkan 6 produk AIoT terbaru mereka yang mana ianya termasuk realme Buds Q yang akan mula ditawarkan di Malaysia pada 7 Julai ini secara eksklusif di Shopee.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 18

Buds Q di Reka oleh José Lévy

Artis terkenal Perancis, yang bekerjasama dengan Hermes, José Lévy, telah dijemput khas oleh realme untuk mereka bentuk reals Buds Q.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 19

Direka bentuk berdasarkan bongkah batu buntar ,José Lévy telah memberikan Buds Q bentuk antropomorfik yang asli, namun pada yang sama selesa dan ergonomik.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 20

Reka bentuk realme Buds Q adalah bulat seperti batu buntar yang sesuai untuk kontur telinga dan kemasan fros yang sangat selesa pada tangan.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 19

10mm Dynamic Boost Driver

realme Buds Q hadir dengan 10mm Dynamic Boost Driver yang menggunakan diafragma polimer komposit PEEK & PU untuk pengalaman bunyi yang luar biasa.

Polimer Komposit PEEK menghasilkan bunyi frekuensi pertengahan hingga tinggi yang lebih baik manakala PU pula adalah lebih baik untuk memberikan bass yang mendalam dan kuat.

realme Buds Q juga menggunakan solusi 10mm Dynamic Bass Boost (DBB) yang dibangunkan oleh pasukan pakar akoustik realme selepas berjam-jam ujian untuk menyerlahkan potensi bass yang sebenar selain menambahkan dinamisi dan lapisan kepada bunyi bass ini.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 22

Jangka Hayat Bateri 20 jam

realme Buds Q mempunyai bateri terbina 40mAh didalam buds selain 400mAh bateri didalam bekas pengecasan.

realme Buds Q menawarkan pengguna 3 jam waktu berbual dan 4.5 jam pendengaran muzik atau bersamaan dengan menonton 2 filem atau sehingga 4-5 episod drama.

Walaubagaimanapun dengan bekas pengecasan, realme Buds Q menawarkan 20 jam waktu pendengaran muzik yang bermaksud dengan pengunaan purata 3 jam sehari, realme Buds Q hanya perlu dicaj seminggu sekali.

Mekanisma pengecasan realme Buds Q adalah melalui slot micro-USB yang mengambil masa 2 jam untuk mengecas buds dan 2 jam untuk mengecas bekas pengecasan.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 23

Gaming Mod Latensi Rendah 119ms

Cip R1Q True Wireless membolehkan perhubungan antara telefon pintar anda dan realme Buds Q sentiasa stabil dan pantas.

Mod Gaming memberikan anda penyeragaman bunyi sempurna antara video dan audio semasa menonton filem atau bermain permainan video.

Kadar latensi didalam mod Gaming adalah 51% lebih rendah dan ianya mengambil masa 119ms sahaja untuk memindahkan bunyi dari telefon pintar ke realme Buds Q.

Semua ciri-ciri ini menjadikan realme Buds Q satu earbuds yang terbaik pada tahap harganya.

realme Buds Q : Direka oleh Jose Levy, 20-Jam Waktu Pendengaran, 10mm Bass Boost Driver dan Mod Gaming Latensi Rendah 24

realme Buds Q akan mula ditawarkan di Shopee pada 7 Julai ini, tepat jam 12 tengah malam dengan harga penjualan istimewa iaitu RM 89 sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.