Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Samsung Galaxy A21s – skrin Super AMOLED & Quad-Kamera pada harga yang lebih berpatutan


ULASAN : Samsung Galaxy A21s – skrin Super AMOLED & Quad-Kamera pada harga yang lebih berpatutan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Samsung telah memberikan lebih banyak fokus untuk mempelbagaikan penawaran telefon pintar kelas pertengahan mereka.

Siri Galaxy A samsung kini dibanjiri pelbagai model yang diletakkan pada titik harga yang berlainan untuk memenuhi keperluaan pengguna.

Jika dahulu, kitaran produk bagi satu model telefon pintar adalah sekitar 12 bulan, kini pelancaran generasi baru sesuatu model akan berlangsung didalam masa 6 bulan sahaja.

Selepas memperkenalkan barisan model Galaxy A yang baru, Samsung kini telah mengumumkan penawaran Galaxy A21s ke pasaran Malaysia dan telefon pintar ini hadir dengan harga penjualan RM 889.

Berikut adalah ulasan Galaxy A21s yang memberikan anda jawapan sebenar kelebihan dan kekurangan telefon pintar Samsung ini.

Reka Bentuk & Skrin Paparan

Seperti kebanyakkan model didalam siri Samsung Galaxy A, Galaxy A21s juga menampilkan reka bentuk yang premium.

Pengunaan panel belakang yang berkilat pasti menjadi tarikan apabila anda melihat telefon pintar ini dan dengan kemasan holografik, keunikkan reka bentuk Galaxy A21s adalah amat terserlah.

Walaubagaimanapun, seperti semua telefon pintar yang memiliki kemasan berkilau, capjari adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan namun pada Galaxy A21s ini, kesan capjari adalah minima dan ianya mungkin berbeza mengikut warna yang anda pilih.

Samsung Galaxy A21s ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Hitam, Putih, atau Biru dan panel belakang ini juga menampilkan sisi yang melengkung yang memudahkan anda mendapat cengkaman ketika memegang telefon pintar ini.

Samsung Galaxy A21s hadir dengan ukuran dimensi 63.7 x 75.3 x 8.9 dan berat 192 gram.


Skrin paparan Samsung Galaxy A21s ini adalah panel Infinity-O berukuran 6.5-inci dengan  resolusi HD+ (720 x 1600).

Panel Skrin PLS TFT LCD ini menawarkan pengguna satu skrin yang terang dengan vibrant dengan warna yang lebih semulajadi.

Walaupun memiliki panel Infinity-O, bezel yang berada pada sekeliling skrin Galaxy A21s adalah besar dan ini pasti mengurangkan lagi peratusan nisbah skrin kepada badan yang dimiliki telefon pintar ini iaitu hanya 82.9%.

Kepadatan piksel skrin ini adalah 270ppi yang merupakan tahap kepadatan piksel yang baik bagi telefon pintar pada tahap harga ini.

Pemproses

Samsung Galaxy A21s dilengkapi dengan pemproses Samsung Exynos 980 yang mempunyai kelajuan sehingga 2.0GHz.

Ianya bukanlah pemproses terpantas pada tahap harga ini dan anda mungkin mendapatkan telefon pintar dengan cipset yang lebih pantas pada harga yang lebih murah.

Walaubagaimanapun, prestasi pengunaan harian Galaxy A21s adalah cemerlang dan kami tidak merasakan telefon pintar ini dikerah melebih daripada kemampuan yang ditawarkan oleh cipset Exynos ini.

Samsung Galaxy A21s juga dipadankan dengan 6GB RAM manakala storan dalaman adalah 64GB  namun hanya sekitar 48.4GB boleh diakses oleh pengguna namun ianya juga disertakan dengan sokongan kad microSD yang menawarkan tambahan memori sehingga 512GB (Dua SIM + 1 MicroSD).

Antaramuka OneUI yang disertakan pada Galaxy A21s adalah lebih mudah digunakan dan ianya berasaskan sistem operasi Android 10.


Kamera

Samsung Galaxy A21s juga hadir lengkap dengan 4 pasang kamera dibahagian belakang iaitu sensor kamera utama 48MP f/2.0, sensor ultra-wide 8MP, sensor depth 2MP dan sensor makro juga pada resolusi 2MP.

Sensor utama 48MP yang disertakan pada Galaxy A21s ini juga mempunyai pemfokusan auto namun ketiadaan OIS sedikit merencatkan sensor utama ini.

Sensor utama ini hadir dengan kanta lebar 80° namun jika itu tidak mencukupi, Galaxy A21s juga memiliki sensor ultrawide 13MP yang memberikan anda darjah penggambaran yang lebih luas iaitu sehingga 123°.

Dua lagi sensor yang disertakan pada Samsung Galaxy A21s ini memberikan anda pengambilan gambar potrait yang baik selain fotografi makro pada jarak sedekat 4cm sahaja.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy A21s :

Beralih kepada kamera selfie pula, Samsung Galaxy A21s disertakan dengan sensor kamera selfie 13MP yang disertakan dengan pelbagai fungsi termasuk Live Focus yang memberikan anda kesan bokeh untuk potret yang lebih menonjol.

Hasil gambar selfie pada Galaxy A21s adalah memuaskan namun pada pendapat kami, gambarnya adalah sedikit ‘lembut’.

Bateri

Samsung Galaxy A21s disertakan dengan bateri berkapasiti tinggi iaitu 5,000mAh namun kapasiti ini kini adalah normal pada semua telefon pintar kelas pertengahan dan juga entry level.

Apa yang membezakanya dengan telefon pintar lain dipasaran adalah penawaran pengecasan pantas pada kadar 15W yang sedikit sebanyak membantu mengecas bateri ini dengan lebih pantas iaitu melalui slot USB-C.

Samsung Galaxy A21s

Penutup

Pelancaran Samsung Galaxy A21s ke pasaran sekali lagi membuktikan bahawa Samsung amat serius didalam persaingan pada pasaran telefon pintar kelas pertengahan dan Galaxy A21s menjadi taruhan terbaru syarikat ini.

Selepas kejayaan Galaxy A51 menjadi telefon pintar paling laris pada suku pertama 2020, ianya pasti menjadi tonik terbaik bagi syarikat ini untuk menawarkan lebih banyak telefon pintar dengan spesifikasi yang baik pada siri Galaxy A ini.

Samsung Galaxy A21s kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 889 didalam tiga pilihan warna iaitu putih, hitam dan biru.

beli Samsung Galaxy A21s di Samsung Store

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.