Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X50 Pro 5G – Telefon Pintar 5G Pertama realme di Malaysia Dengan Pemproses Snapdragon 865


realme X50 Pro 5G – Telefon Pintar 5G Pertama realme di Malaysia Dengan Pemproses Snapdragon 865

realme, syarikat yang terkenal dengan semangat ‘Dare To Leap’ kini akan membawa inovasi telefon pintar mereka ke satu tahap yang baru dengan pengesahan bahawa realme X50 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Julai ini.

Telefon pintar pertama realme dengan teknologi 5G ini bakal meletakkan syarikat ini sebaris dengan pengeluar syarikat telefon pintar utama dunia.

Pemproses Qualcomm Snapdragon 865 5G

realme X50 Pro 5G telah dilengkap dengan pemproses flagship 8-teras 7nm terbaik dipasaran iaitu Qualcomm Snapdragon 865.

Pemproses yang digunakan pada realme X50 Pro 5G ini mempunyai kelajuan pemproses sehingga 2.84GHz iaitu 25% peningkatan dari segi prestasi dan tahap kecekapan tenaga.

Cip Snapdragon 865 ini juga mempunyai kelajuan pemprosesan grafik yang 25% lebih baik berbanding generasi.

Penambahbaikan pemproses Snapdragon 865 5G ini juga boleh dilihat pada kecekapan pengunaan bateri yang 30% lebih baik berbanding pemproses flagship generasi lalu iaitu Snapdragon 855.

Artificial Intelligence atau AI kini merupakan satu aspek penting didalam industri telefon pintar dan realme X50 Pro 5G yang memiliki pemproses Snapdragon 865 ini menawarkan kuasa pemprosesan AI yang 100% lebih baik berbanding generasi lalu.

Jalur Antena 360°, Kebolehan 5G Sepenuhnya dan Teknologi Smart 5G Switch

Bersama-sama pemproses Snapdragon 865, antena juga telah telah dioptimasi untuk memastikan prestasi 5G yang terbaik pada realme X50 Pro.

realme X50 Pro menampilkan susun atur antena canggih yang diberikan gelaran ‘360° surround antenna’.

Telefon pintar 5G pertama realme ini memiliki 12 antena untuk memastikan sambungan 5G yang kuat dan stabil.

Daripada 12 antena yang disertakan pada realme X50 Pro 5G ini, 3 antena adalah untuk GPS, Bluetooth dan WiFi manakala 8 antena untuk penawaran rangkaian 4G+5G terbaik kepada pengguna.

Hasil pengunaan antena ini, realme X50 Pro akan menawarkan anda penerimaan isyarat rangkaian 360° dimana sistem akan menggunapakai antena yang mempunyai isyarat terkuat bagi memastikan rangkaian sentiasa stabil tidak kira bagaimana anda memegang telefon pintar realme 5G ini.

Smart 5G

realme X50 Pro juga telah disertakan dengan sokongan Smart 5G atau 5G pintar yang secara automatik akan mengimbas isyarat rangkaian dan operasi pengguna sebelum beralih dari rangkaian 4G kepada 5G.

Penyelarasan pintar rangkaian, pengunaan jalur dan pengurusan bateri membolehkan pengunaan bateri pada realme X50 Pro adalah 30% lebih baik.

Sebagai telefon pintar 5G pertama realme di Malaysia, realme X50 Pro adalah satu telefon pintar yang dinanti-nantikan oleh peminat realme di Malaysia.

realme X50 Pro 5G

Penantian ini akan berakhir tidak lama lagi kerana realme Malaysia telah mengesahkan realme X50 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 6 Julai ini.

Pastikan anda menonton majlis pelancaran rasmi realme X50 Pro 5G di Facebook realme Malaysia bermula jam 11 pagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.