Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai ini

Honor MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai ini 1

Honor MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai ini 2
Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa komputer riba kompak terbaru syarikat ini iaitu Honor MagicBook 14 akan mula ditawarkan di Malaysia bulan hadapan   atau secara spesifiknya mulai 6 Julai 2020.

Honor MagicBook 14 adalah komputer riba kompak yang menawarkan pengguna reka bentuk yang sangat ringan iaitu ganya 1.38kg, bateri yang tahan lama dan prestasi terbaik kepada pengguna.

Honor MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai ini 3

Honor MagicBook 14 ini menjanjikan hampir 10 jam penggunaan dan ianya turut disertakan pengecasan pantas 65W (Type-C) yang mampu memenuhi 46% kapasiti bateri didalam masa 30 minit sahaja.

Honor MagicBook 14 akan tiba di Malaysia pada 6 Julai ini 4

Honor MagicBook 14 yang baru ini juga dilengkapi dengan Magic-Link 2.0 yang memastikan perhubungan antara telefon pintar dan komputer adalah mudah.

Pelancaran Honor MagicBook 14 ini adalah susulan daripada permintaan luar biasa Honor MagicBook yang dilancarkan pada bulan April yang lalu dimana kesemua unit habis dijual didalam masa 15 minit sahaja.

 Berikut adalah ciri-ciri utama Honor MagicBook 14 :

  • Skrin 14” 1920 x 1080
  • Windows 10 Home Edition
  • AMD Ryzen 5 3500U Mobile Processor
  • Radeon Vega 8 Graphics
  • 8GB DDR4 Dual-channel RAM
  • Storan PCIe NVME SSD 256GB/512GB
  • Bateri 56Wh
  • Pengecasan Pantas 65W Type-C
  • Bluetooth 5.0, juga menyokong Bluetooth 4.2, Bluetooth 2.1+EDR
  • Butang Kuasa + Fingerprint
  • Pop-up Webcam
  • Magic-link 2.01

Buat masa ini, Honor Malaysia belum mengumumkan sebarang maklumat mengenai harga dan promosi penjualan, namun perkara ini dijangka akan diumumkan didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.