Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C11 Malaysia – Reka Bentuk Geometric Premium


realme C11 Malaysia – Reka Bentuk Geometric Premium

Selepas melancarkan ekosistem produk AIoT realme ke pasaran Malaysia, realme kini telah mengalihkan semula perhatian kepada pelancaran satu lagi telefon pintar baru yang dilihat akan mendapat sambutan baik di pasaran Malaysia.

Berbeza dengan pelancaran telefon pintar realme yang lain, pasaran Malaysia diberi penghormatan sebagai pasaran global pertama untuk menerima telefon pintar realme C11 dengan pelancaran rasmi dijadualkan akan berlangsung pada 30 Jun ini.

Sebagai varian terbaru didalam keluarga Siri realme C, realme C11 akan hadir dengan skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah 20:9 yang memberikan pengguna satu paparan terbaik untuk pelbagai senario termasuk gaming, video dan banyak lagi.

Reka Bentuk Skrin Mini-Drop

Struktur dalaman skrin realme C11 kini mengadaptasi proses susunan komponen yang terbaru.

Ini membolehkan setiap komponen didalam skrin disusun dengan lebih rapat tanpa menjejaskan fungsi skrin.

Ruang mini-drop pada realme C11 adalah 30.8% lebih kecil berbanding skrin dew-drop lain dipasaran sekaligus meningkatkan nisbah skrin kepada badan ke tahap 88.7%.


Reka Bentuk Panel Belakang Geometrik

Reka bentuk panel belakang realme C11 adalah berbeza berbanding mana-mana telefon pintar keluaran realme sebelum ini.

Proses pembuatan panel belakang realme C11 ini adalah menggunakan mesin ukiran radium 5-paksi terbaik di industri dan tekstur geometri unik panel belakang realme C11 ini terhasil selepas hampir 300 minit penggilapan.

Akhir sekali, 450+ lengkungan yang diukir pada panel belakang realme C11 adalah untuk menghasilkan refleksi cahaya yang istimewa.

Pengunaan teknologi ini menjadikan realme C11 lebih premium, selesa digunakan, anti-capjari dan mampu mengelakkan calar.

Satu jalur sepanjang panel belakang realme C11 juga memberikan visual penyelarian modul kamera dan logo realme yang menjadikan reka bentuk panel ini lebih ikonik dan seimbang.

Modul kamera pada realme C11 hadir didalam reka bentuk segiempat yang kini merupakan reka bentuk modul kamera yang popular dipasaran.

realme C11 akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Mint Green and Pepper Grey.

Mint dan pepper merupakan dua rempah yang biasa digunakan pada masakan untuk memberikan aroma istimewa dan pengunaan dua warna pada realme C11 ini juga akan memberikan pengguna ‘aroma’ visual yang menarik.

realme C11 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 30 Jun ini dan pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan majlis pelancaran realme C11 di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.