Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G – telefon pintar 5G untuk semua

HUAWEI Nova 7 SE 5G

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G – telefon pintar 5G untuk semua

Dengan pandemik Covid-19 semakin reda baik di Malaysia mahupun secara global, kita mungkin sudah boleh kembali kepada kehidupan yang biasa namun masih mengamalkan norma baharu yang memastikan keselamatan kita dan keluarga terjamin.

Tahun 2020 lahir dengan janji bahawa teknologi 5G akan mula bertapak didalam industri telefon pintar namun kesan Covid-19 kepada penawaran teknologi ini mungkin ada.

Walaupun sejak tahun 2019 sudah ada telefon pintar 5G yang ditawarkan dipasaran, ianya dilihat hanya ditawarkan telefon pintar kelas flaghsip dan mengikut pasaran yang mempunyai rangkaian 5G.

Walaubagaimanapun HUAWEI telah mengubah perkara ini apabila telah membawa masuk HUAWEI Nova 7SE sebagai telefon pintar 5G termurah di Malaysia iaitu dengan harga penjualan RM 1,499 sahaja.

Kami telah menerima unit reviu HUAWEI Nova 7SE ini dan berikut adalah ulasan telefon pintar terbaru HUAWEI ini.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 1

Reka Bentuk

Walaupun hadir dengan harga penjualan yang berpatutan, HUAWEI Nova 7SE 5G menampilkan premium yang setaraf telefon pintar flagship namun masih mengekalkan berat yang ideal.

HUAWEI nova 7 SE 5G mengadaptasikan pengunaan panel belakang yang berasakan gelas 3D yang sedikit melengkung dan ini membolehkan anda mempunyai cengkaman yang kukuh ketika memegang peranti ini.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 2

Unit reviu kami hadir didalam warna Crush Green yang sangat berkilau dan terdapat logo nova pada panel belakang yang pada pendapat kami sedikit besar dan mungkin tidak ramai yang gemar memiliki logo jenama sebesar itu.

Selain daripada warna Crush Green, HUAWEI nova 7 SE 5G juga hadir didalam dua lagi pilihan warna iaitu Space Silver dan Midsummer Purple yang juga memiliki kemasan berkilau dan premium.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 3

Beralih kepada panel hadapan pula, ianya didominasi sepenuhnya dengan skrin paparan HUAWEI Punch FullView Display yang memiliki nisbah skrin kepada badan 90.3%

Nisbah yang tinggi ini berjaya dicapai dengan bezel sisi skrin yang nipis selain pengunaan sensor kamera selfie terbina didalam skrin dan HUAWEI juga telah melakukan potongan yang kecil untuk sensor kamera supaya ianya tidak mengganggu pengalaman imersif skrin.

Sensor capjari HUAWEI nova 7 SE 5G pula adalah dibahagian sisi yang turut mempunyai fungsi sebagai butang kuasa.

Walaupun hadir sebagai reputasi telefon pintar 5G, bicu audio 3.5mm masih disertakan pada HUAWEI nova 7 SE 5G ini.

Walaupun hadir berasaskan panel gelas, HUAWEI nova 7 SE 5G ini memiliki berat keseluruhan hanya 189 gram dengan ukuran dimensi adalah 162.3 x 75 x 8.58 mm.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 4

Skrin Paparan

HUAWEI nova 7 SE 5G hadir dengan skrin paparan LTPS IPS LCD yang berukuran 6.5-inci demgan resolusi 2400×1080.

Skrin HUAWEI Punch FullView yang dimiliki telefon pintar ini membawakan kepadatan piksel 405ppi yang memberikan anda paparan yang sangat teliti dan terang.

Bercakap mengenai navigasi skrin, HUAWEI menawarkan fungsi navigasi tanpa butang namun jika anda tidak biasa dengan fungsi tersebut, anda masih boleh memilih untuk menggunakan tiga butang navigasi yang biasa pada telefon pintar Andorid secara umumnya.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 5

Pemproses

HUAWEI nova 7 SE 5G hadir dengan cipset Kirin 820 5G yang merupakan cip 7nm yang mempunyai modem 5G terbina.

Ianya juga menyokong rangkaian 5G NSA dan meliputi lebih banyak jalur frekuensi untuk membawakan anda pengalaman 5G yang terbaik apabila ianya telah mula ditawarkan di Malaysia atau ketika anda melawati negara-negara yang sudah mula menawarkan rangkaian 5G.

Bagi memastikan pengalaman 5G tidak terjejas, Kirin 820 5G telah dibangunkan dengan mengutamakan kepada penjimatan tenaga dan pengeluaran haba yang optimum.

Selain daripada itu, unit pemprosesan grafik yang disertakan bersama cipset Kirin 820 5G ini adalah Mali-G57 GPU yang turut memberikan pengguna GPU Turbo yang baru.

Cipset Kirin 820 5G juga disertakan dengan NPU yang merupakan tunjang utama bagi tugas AI dan memberikan pengguna kuasa AI bagi pelbagai aspek seperti fotografi, video dan gaming.

Bagi pasaran Malaysia, HUAEI nova 7 SE 5G ditawarkan dengan 8GB RAM dan 128GB sahaja dan terdapat juga sokongan memoro HUAWEI NM card.

Untuk memenuhi keperluan aplikasi anda, HUAWEI AppGallery telah tersedia pada HUAWEI nova 7 SE 5G yang kini menawarkan anda pelbagai aplikasi popular di Malaysia yang termasuk Maybank2U, Astro Go dan banyak lagi.

HUAWEI AppGallery kini merupakan stor aplikasi ketiga terbesar didunia dan ianya hadir dengan pelbagai ciri keselamatan yang memastikan smua data dan privasi anda sentiasa terlindung.

Kami tidak menghadapi sebarang masalah untuk mendapatkan aplikasi Andorid kegemaran anda dan jika aplikasi tersebut tiada didalam HUAWEI AppGallery, anda juga boleh memuaturun Petal Search (tersedia di HUAWEI AppGallery) untuk mendapatkan aplikasi keperluan anda dengan lebih mudah (menerusi sumber rasmi atau di stor aplikasi pihak ketiga).

Walaupun tiada Google Mobile Services, anda tidak perlu risau akan kehilangan akses kepada perkhidmatan Google kerana HUAWEI telah menyediakan alternatif yang sesuai untuk memenuhi keperluaan pengunaan anda.

HUAWEI nova 7 SE 5G hadir dengan antaramuka EMUI 10.1 (berasaskan Android 10) yang membawakan anda pelbagai funsgi terbaru HUAWEI seperti panggilan video HUAWEI MeeTime, HUAWEI share dan banyak lagi.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 6

Kamera

Sejak pelancaran siri nova beberapa tahun lalu, model didalam Siri telefon pintar ini sentiasa terkenal dengan kebolehan kameranya.

HUAWEI nova 7 SE 5G juga dilihat hadir dengan teknologi kamera yang mampu meneruskan lagi tradisi ini.

HUAWEI nova 7 SE 5G hadir dengan tetapan AI Quad-Kamera yang terdiri daripada sensor utama 64Map, sensor ultra-wide 8MP, sensor makro 2MP dan sensor bokeh juga pada resolusi 2MP.

Setiap sensor kamera yang disertakan pada HUAWEI nova 7 SE 5G saling melengkapi antara satu sama lain dan sokongan AI memastikan setiap imej yang diambil adalah setaraf fotografi profesional.

Kamera belakang  HUAWEI nova 7 SE 5G juga menggunapakai teknologi 4-in-1 pixel binning yang meningkatkan kualiti dan kecerahan gambar manakala optimasi AI Ultra Clarity menawarkan anda hasil gambar yang baik walaupun pada keadaan cahaya yang kurang.

Seperti pada kebanyakkan telefon pintar lain dipasaran, HUAWEI nova 7 SE 5G juga disertakan dengan sensor ultra-wide 8MP untuk pengambilan gambar yang lebih luas seperti landskap dan tidak lupa juga dua sensor 2MP yang memberikan anda kesan bokeh untuk potret selain lensa makro untuk penggambaran dekat pada jarak 4cm sahaja.

Berikut adalah contoh gambar yang diambil menggunakan HUAWEI nova 7 Se 5G

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 19

HUAWEI nova 7 SE 5G juga hadir dengan kamera selfie yang setaraf kamera belakang dengan ciri Super Night Selfie 2.0 adalah sesuatu yang menarik perhatian.

Ianya menampilan kamera selfie punch-hole 16MP yang memiliki aperture f/2.0 dengan saiz piksel 1.0 um yang membolehkan sensor ini menarik lebih cahaya dan ketelitian pada setiap selfie yang diambil.

Super Night Selfie 2.0 juga membolehkan anda mengambil gambar selfie pada waktu malam dimana kekaburan pada gambar dikawal menggunakan algoritma BM3D manakala kualiti gambar ditambah baik dengan menyusun beberapa bingkai gambar RAW antara satu sama lain

Selain itu, seperti telefon pintar kelas flagship HUAWEI, HUAWEI nova 7 SE 5G juga membawakan fungsi rakaman video dual-view yang membolehkan anda membuat rakaman serentak menggunakan kamera selfie dan kamera belakang. Fungsi video ini seperti ini membolehkan anda mengambil gambar selfie dan pemandangan menarik pada masa yang sama dan ciri ini amat sesuai untuk vlog atau video unik untuk pengikut anda di Instagram.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 20
Bateri

Satu isu yang dijangka akan merisaukan pengguna telefon pintar 5G adalah jangka hayat bateri. Ini adalah kerana antenna 5G dikatakan akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk menawarkan pengguna rangkaian yang terbaru ini.

Walaupun masih belum ada sokongan 5G di Malaysia, HUAWEI nova 7 SE 5G telah dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang dijangka memadai untuk pengunaan harian.

Selain itu, HUAWEI juga telah menyertakan satu lagi ciri flaghsip pada HUAWEI nova 7 SE 5G iaitu pengecasan pantas 40W HUAWEI SuperCharge yang mampu mengecas peranti anda dari 0-70% didalam masa 30 minit sahaja.

Anda juga tidak perlu risau mengenai aspek keselamatan pengecasan pantas ini kerana ianya telah mendapat pengiktirafan TÜV Rheinland.

ULASAN : HUAWEI nova 7 SE 5G - telefon pintar 5G untuk semua 21

Penutup

HUAWEI nova 7 SE 5G adalah satu telefon pintar serba lengkap daripada HUAWEI dan dengan penawaran 5G, ianya meletakkan telefon pintar ini sebagai sesuatu peranti ‘future proof’ yang boleh digunakan untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Jika anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki telefon pintar kelas pertengahan yang premium, HUAWEI nova 7 SE 5G adalah antara model yang patut anda pertimbangkan.

HUAWEI nova 7 SE 5G kini boleh dibeli pada harga penjualan RM 1,499 sahaja.

Beli HUAWEI nova 7 SE 5G di stor HUAWEI ONLINE

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.