Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Harga Apple iPhone 12 dijangka bermula dari RM 2,349 sahaja


Satu laporan dari @omegaleaks di Twitter mendakwa bahawa Apple akan juga memperkenalkan model iPhone 12 didalam varian 4G LTE sebagai model termurah didalam keluarga iPhone 12 dengan harga penjualan bagi model 5.4-inci ini akan bermula serendah $549.

Laporan ini juga sama seperti yang dikeluarkan oleh @Jon_Prosser pada bulan April yang lalu iaitu jangka harga mengikut varian yang bermula dari $649, $749, $999 sehingga $1099.

Walaupun sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan pelancaran generasi iPhone yang baru ini akan ditunda, iPhone 12 dijangka akan dilancarkan pada bulan September dengan proses pengkilangan akan bermula pada Julai.

5 varian iPhone 12 yang akan dilancarkan ini adalah seperti berikut :

iPhone 12 4G – 5.4” dwi kamera – $549 – RM 2,349

iPhone 12 5G – 5.4” dwi kamera – $649 – RM 2,778

iPhone 12 5G – 6.1” dwi kamera – $749 – RM 3,203

iPhone 12 Pro 5G – 6.1” – tri-kamera + LiDAR – $999 – RM 4,272

iPhone 12 Pro Max 5G – 6.7” – tri-kamera + LiDAR – $1099 – RM 4,699

Harus diingat harga iPhone ini mungkin merujuk kepada model dengan storan yang paling kecil iaitu 64GB atau 128GB jika Apple menaikkan kapasiti storan permulaan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.