Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

4,300 unit realme Band terjual dalam masa 60 minit di Shopee

4,300 unit realme Band terjual dalam masa 60 minit di Shopee 1

4,300 unit realme Band terjual dalam masa 60 minit di Shopee 2
Selepas kejayaan yang dicapai oleh produk AIoT pertama mereka di Malaysia iaitu realme watch, realme meneruskan momentum penjualan produk AIoT dengan penawaran realme Band dan realme Buds Air Neo secara eksklusif di Shopee pada 22 dan 23 Jun 2020.

Seperti biasa, realme telah mencapai rekod penjualan yang mengagumkan bagi jam kecergasan syarikat ini iaitu realme Band dimana sebanyak 4,300 unit realme Band telah terjual didalam masa 60 minit sahaja sekaligus menjadikanya jam kecergasan paling cepat terjual di Shopee tahun ini.

realme Band yang merupakan produk AIoT pertama didalam sejarah muda realme ini telah ditawarkan pada jualan khas iaitu RM 79 sahaja berbanding harga asal RM 129.

4,300 unit realme Band terjual dalam masa 60 minit di Shopee 3

Selain itu, realme Buds Air Neo juga menerima sambutan yang baik dimana sebanyak 1,000 unit TWS ini telah terjual didalam masa sejam yang menjadikanya sebagai TWS paling laris di Shopee.

4,300 unit realme Band terjual dalam masa 60 minit di Shopee 4

Selepas ini giliran realme Buds Q pula untuk ditawarkan di pasaran Malaysia dan ianya akan ditawarkan pada harga RM 129 namun penjualan pertama mungkin menyaksikanya ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Anda boleh mendapatkan kesemua produk AIoT realme ini secara eksklusif di Shopee.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.