Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MatePad Pro – Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan

HUAWEI MatePad Pro Malaysia
Huawei MatePad Pro – Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 15

Skrin Paparan QHD 2K dengan HUAWEI CLARIVU DISPLAY ENHANCEMENT

Tumpuan utama sesebuah tablet sudah pastinya adalah skrin paparan dan HUAWEI MatePad telah dilengkapi dengan skrin paparan 16:10 QHD 2K berukuran 10.8-inci.

Panel yang besar sahaja tidak memadai untuk hiburan yang imersif dan untuk itu, panel skrin MatePad Pro Pro ini juga memiliki gamut warna sinematik DCI-P3 dan kepadatan piksel 280ppi yang mengatasi kepadatan piksel Apple iPad Pro yang hanya memiliki 264ppi.

Dengan kecerahan maksima sehingga 540nits, HUAWEI MatePad Pro menawarkan penghasilan semula warna pada kadar ketepatan yang sangat tinggi untuk memastikan pengalaman melihat apa sahaja kandungan pada tablet ini pastinya terbaik.

HUAWEI MatePad Pro juga hadir dengan teknologi HUAWEI CLARIVU DISPLAY ENHANCEMENT yang telah dioptimasikan untuk video, pelayaran imej dan gaming.

Algoritma ini membolehkan vibransi warna dan ketelitian pada gambar gelap yang amat baik. Solusi ini juga membolehkan anda menikmati hiburan kegemaran anda didalam format HDR10, HLG, dan  SDR2HDR tidak kira dimana anda berada.

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 16

Teknologi Pembesar Suara Quad-Speaker Harmon Kardon

HUAWEI MatePad Pro yang hadir dengan Histen 6.0 mampu menawarkan anda pengalaman audio 3D stereo yang setaraf tetapan home theatre di rumah

Tidak seperti kebanyakkan peranti Android di pasaran yang menyokong output bunyi dwi-saluran , HUAWEI MatePad Pro menyokong output bunyi 4-saluran untuk memberikan anda pengalaman bunyi yang lebih baik ketika menonton drama siri kegemaran anda.

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 17

Ini menjadi satu kemungkinan kerana inovasi dan kajian R&D HUAWEI untuk melakukan reka bentuk semula sistem audio Android dan cipset pemprosesan audio pelbagai saluran.

Pembesar suara stereo beramplitud tinggi yang ditala oleh Harman Kardon mampu menghasilkan semula suara yang paling rumit dengan kejelasan yang sempurna.

Pembesar suara yang disertakan pada HUAWEI MatePad Pro juga telah dibangunkan untuk membolehkan speaker driver lebih banyak ruang untuk bergegar berbanding pembesar suara lain.

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 18

Bateri 7,250mAh yang menyokong pengecasan pantas 40W SuperCharge dan pengecasan tanpa wayar 15W

Apabila sesuatu tablet diklasifikasikan sebagai tablet terbaik untuk hiburan, jangka hayat bateri pasti menjadi persoalan utama yang akan bermain difikiran pengguna.

Anda pasti sedia maklum bahawa HUAWEI MatePad Pro disertakan dengan skrin paparan yang besar selain pemproses kelas flaghsip untuk tugas pemprosesan berprestasi tinggi. Walaubagaimanapun komponen ini sudah pastinya perlu dipadankan dengan kapasiti baterk yang mencukupi dan HUAWEI telah menyertakan tablet MatePad Pro ini dengan bateri berkapasiti 7,250mAh.

Ini membolehkan anda menikmati marathon drama bersiri kegemaran anda sehingga 12 jam secara berterusan dan lebih penting pada resolusi Definisi Tinggi.

Walaubagaimanapun HUAWEI MatePad Pro juga hadir dengan pengecasan pantas 20W yang disertakan percuma didalam kotak namun tablet premium ini juga menyokong pengecasan pantas HUAWEI SuperCharge 40W yang menawarkan pengguna teknologi pengecasan terbaik dan antara yang terpantas di industri.

30 minit pengecasan menggunakan palam pengecas 40W HUAWEI SuperCharge membolehkan anda menggunakan tablet anda selama tiga manakala pengecasan selama 2 jam 30 minit mencukupi untuk 12 jam pengunaan.

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 19

Selain pengecasan berwayar yang konvesional, HUAWEI MatePad Pro merupakan tablet pertama didunia untuk menyokong pengecasan tanpa wayar dan pengecasan berbalik ‘reverse charging’ yang membolehkan anda mengecas telefon pintar atau jam pintar.

Pengecasan pantas tanpa wayar yang ditawarkan pada HUAWEI MatePad Pro mempunyai output 15W manakala pengecasan berbalik pula ditawarkan pada output 7.5W.

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 20

Teknologi Penyejukan 12 Lapis

Apabila kita menghabiskan masa menonton filem atau drama kegemaran anda yang pasti memgambil masa berjam-jam, pengeluaran haba daripada tablet atau peranti adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Namun ini tidak menjadi isu bagi HUAWEI MatePad Pro kerana tablet berkuasa tinggi ini hadir dengan sistem penyejukan inovatif yang melibatkan 12 lapisan komponen penyejukan.

Sistem penyejukan HUAWEI MatePad juga berinteraksi dengan AI bagi pengurusan haba yang membolehkan tablet ini kekal sejuk walaupun tahap pengunaan adalah tinggi.

Ini membolehkan anda melakukan apa sahaja tugas pada tablet anda tanpa perlu memikirkan untuk memberi ‘rehat’ kepada HUAWEI MatePad Pro anda dan hanya berehat apabila anda perlu.

Dengan ciri-ciri ini, HUAWEI MatePad Pro adalah tablet terbaik untuk hiburan tidak kira dimana anda berada.

HUAWEI MatePad Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,399 manakala pakej bundle HUAWEI MatePad Pro + Keyboard pula ditawarkan pada harga RM 2,898 dan anda juga akan menerima stylus HUAWEI M-Pencil secara percuma.

Beli HUAWEI MatePad Pro di HUAWEI ONLINE STORE

Huawei MatePad Pro - Tablet Premium Yang Menawarkan Anda Hiburan Tanpa Sempadan 21

Selain itu, HUAWEI Malaysia juga telah mengesahkan akan membawa masuk HUAWEI MatePad Pro didalam versi 5G yang akan ditawarkan pada harga dari RM 3,299 dan penjualan akan bermula pada 26 Jun ini.

HUAWEI MatePad Pro 5G akan tiba di Malaysia 26 Jun ini pada harga dari RM 3,299

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.