Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ROG Phone III dijangka hadir dengan skrin 144Hz, Snapdragon 865+, 5G dan sehingga 16GB RAM


Generasi terbaru telefon pintar gaming Asus iaitu ROG Phone III telah menerima pensijilan TENNA dan ianya juga disertakan dengan beberapa gambar.

ROG Phone III kini boleh disahkan akan hadir dengan kapasiti RAM 12GB atau 16GB, Android 10 dan Snapdragon 865 yang merupakan versi ‘overclocked’

Penyenaraian di TENAA telah mendedahkan bahawa ROG Phone III akan hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 5.69-inci dengan kadar segar semula 144Hz namun masih pada resolusi FHD+.

Selain iti, ROG Phone III juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,800mAh selain kadar pengecasan pantas 30W yang sama seperti pada generasi kedua telefon pintar gaming ini.

ROG Phone III juga akan hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP + 13MP sensor ultrawide dan satu lagi sensor depth/telefoto selain kamera selfie 13MP.

Selain itu, ujian AnTuTu yang dijalankan pada ROG Phone III juga mendedahkan telefon pintar ini berjaya memperoleh 646310 mata mengatasi Oppo Find X2 Pro yang sebelum ini merupakan telefon pintar Snapdragon 865 yang mempunyai mata tertinggi.

Selain itu, ROG Phone III juga akan disertakan dengan sokongan 5G NAA/SA , storan dalaman sehingga 512GB, kelajuan pemproses sehingga 3.09GHz dan penyejukan peranti aero active cooling.

ROG Phone II telah dilancarkan pada bulan Julai tahun lalu dan jangka masa info ini dikeluarkan, ROG Phone III mungkin menjadi realiti pada bulan Julai, tepat setahun selepas pelancaran generasi yang lalu.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.