Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik

realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik 1
realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik

Ketika pelancaran mega produk AIoT realme pada 11 Jun yang lalu realme telah memperkenalkan 6 produk AIoT ini ke pasaran Malaysia dan dua model yang mendapat tumpuan khas adalah realme Band dan realme Buds Air Neo.

realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik 2

realme Band

realme Band adalah peranti AIoT pertama realme yang merupakan peranti kecergasan serba lengkap dengan skrin paparan berukuran 0.96-inci yang mampu memaparkan hampir 65,000 warna dengan 64 huruf/nombor pada satu-satu masa.

realme Band memiliki butang virtual untuk memudahkan navigasi dan terdapat 5 tahap kecerahan skrin yang boleh dilaras melalui aplikasi realme Link.

Selain itu, realme Band turut dilengkapi dengan sensor graviti khas yang akan menyalakan skrin apabila pengelangan tangan diangkat.

Sebagai peranti kecergasan lengkap,realme Band mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68, reka bentuk polimer dengan berat hanya 20gram,dan reka bentuk yang melengkung sesuai untuk semua jenis pergelangan tangan.

realme Band juga menawarkan pengguna bacaan kadar degupan jantung 24/7, 9 mod sukan, pengecasan USB Direct-Charge, notifikasi pintar dan banyak lagi.

realme Band akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu kuning, hitam dan hijau dengan harga jualan RM 129.

realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik 3

realme Buds Air Neo

realme Buds Air adalah peranti audio TWS kedua realme selepas realme Buds Air yang tidak boleh dinafikan lagi kejayaanya.

realme Buds Air Neo tampil dengan cip R1 Headphone dan 13mm dynamic bass boost driver yang menawarkan kualiti audio dan bass yang baik.

realme Buds Air Neo disertakan dengan bekas pengecasan yang membawakan pengguna 17 jam pendengaran muzik tanpa henti dan teknologi Google Fast Pair yang memastikan sambungan kepada telefon pintar adalah pantas dan hanya perlu membuat sambungan sekali sahaja.

realme Buds Air Neo ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu putih, merah dan hijau dengan harga jualan RM 199

realme Band dan realme Buds Air Neo akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada harga promosi terbaik 4

Dapatkan realme Band dan relame Buds Air Neo Melalui Promosi Jualan Pertama Di Shopee pada 22 & 23 Jun

realme Malaysia juga telah mengumumkan akan menawarkan realme Band dan realme Buds Air Neo pada harga ‘Flash Sale’ iaitu RM 79 dan RM 149 sahaja.

Promosi menarik ini akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada 22 dan 23 Jun.

Pastikan anda tidak terlepas peluang keemasan memiliki realme Band dan realme Buds Air Neo pada harga istimewa ini hanya di Shopee.

Beli realme Band di Shopee
Beli realme Buds Air Neo di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.