Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo bakal melancarkan jam pintar pertama mereka tidak lama lagi


Saban tahun, pasaran Jam Pintar global sentiasa memperlihatkan berkembang yang positif yang menyebabkan banyak pengeluar telefon pintar juga mengeluarkan produk ini.

Vivo nampaknya tidak mahu ketinggalan didalam industri ini dan ianya juga dilihat sudah mengorak langkah awal untuk memperkenalkan beberapa jam pintar baru pada tahun-tahun yang akan datang.

Pada awal tahun ini, vivo telah memfailkan paten nama “vivo watch” di European Trademark Office (EUIPO) yang telah diluluskan dan juga telah melepasi pensijilan antarabangsa 3C yang bermaksud bahawa pelancaran global jam pintar pertama vivo akan berlangsung didalam masa terdekat.

Menurut pensijilan 3C ini, vivo watch akan hadir dengan sokongan permainan audio dan teknologi pengecasan 5W.

Pelancaran jam pintar pertama vivo akan hadir dengan reka bentuk seperti jam tradisional dengan dua butang pada sisi rangka yang bulat.

Buat masa ini tidak banyak info mengenai vivo watch diketahui namun segala persoalan pastu terjawab pada pelancaran rasmi jam pintar ini tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.