Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,806

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,806 7
Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro yang siri Reno hanya dimulakan pada bulan April tahun lalu.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro membawakan skrin paparan OLED dan pemproses Snapdragon 765G dan tetapan kamera yang baik.

Oppo Reno 4 hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.4-inci yang memiliki kamera selfie dual-punch hole 32MP + 2MP manakala Reno 4 Pro pula hadir dengn skrin paparan 90Hz dengan kamera selfie 32MP (punch-hole).

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,806 8

Pada bahagian kamera, Oppo Reno 4 dilengkapkan dengan kamera utama 48MP bersama-sama sensor ultrawide 8MP dan 2MP sensor depth manakala Reno 4 Pro memiliki sensor utama yang sama namun sensor ultrawide adalah 12MP selain sensor telefoto 13MP yang menawarkan 5x zoom hibrid optik dan 20x zoom digital dan terdapat juga mod Live HDR bagi video.

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro kini rasmi pada harga sekitar RM 1,806 9

Reno 4 dan Reno 4 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 765G yang dipadankan dengan sehingga 12GB RAM dan sehingga 256GB storan dalaman. Kedua-dua model didalam siri Reno 4 ini juga hadir dengan sokongan 5G dan ColorOS 7.2 manakala bateri adalah 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W SuperVOOC 2.0

Oppo Reno 4 dan Reno 4 Pro akan hadir dengan harga penjualan seperti berikut :

Oppo Reno 4 8/128GB – CNY 2,999 – RM 1,806

Oppo Reno 4 8/256GB – CNY 3,299 – RM 1,987

Oppo Reno 4 Pro 8/128GB – CNY 3,799 – RM 2,288

Oppo Reno 4 Pro 12/256GB – CNY 4,299 – RM 2,589

Penjualan Siri Reno 4 di China akan bermula 12 Jun ini namun penjualan bagi pasaran antarabangsa masih belum diketahui.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.