Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Black Shark 3 Pro disahkan tiba di Malaysia pada 4 Jun 2020


Susulan pelancaran Black Shark 3 di Malaysia sebelum  ini, Black Shark kini telah mengesahkan bahawa Black Shark 3 Pro akan mula ditawarkan pada 4 Jun ini.

Black Shark 3 Pro hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas dan keluli dengan pengunaan dua paip penyejukan cecair dan terdapat juga slot audio 3.5mm.

Bercakap mengenai Black Shark 3 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan QHD+ OLED berukuran 7.1-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan ianya turut mempunyai kadar ‘touch-sampling’ terpantas didunia iaitu 270Hz.

Black Shark 3 Pro ini juga hadir dengan pemproses Snapdragon 865, 8GB RAM LPDDR4 atau 12GB RAM LPDDR5 yang dipadankan dengan 256GB storan dalaman manakala sokongan WiFi 6 dan 5G turut disertakan.

Pada bahagian kamera, Black Shark 3 Pro disertakan dengan sensor utama 64MP f/1.8, sensor ultra-lebar 13MP dan sensor depth 5MP selain sensor kamera selfie 20MP.

Kelebihan Black Shark 3 Pro adalah pada bahagian bateri dimana ianya disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W (0-100% didalam masa 38 minit) dan terdapat juga sokongan pengecasan magnetik pada panel belakang namun kelajuan pengecasan hanya 18W.

Black Shark Pro 3 juga memiliki butang trigger fizikal dibahagian atas dan ianya bukanya panel sesentuh seperti pada generasi sebelum ini.

Black Shark Malaysia juga mengesahkan bahawa harga penjualan dan promosi istimewa bagi pembelian telefon pintar ini akan diumumkan pada 4 Jun ini.

Black Shark 3 kini ditawarkan di Shopee dengan pakej hadiah percuma bernilai RM 800

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.