Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iProperty.com.my bakal pulihkan pasaran hartanah Malaysia dengan pelbagai pakej sokongan istimewa

iProperty.com.my bakal pulihkan pasaran hartanah Malaysia dengan pelbagai pakej sokongan istimewa 7
Kesan COVID-19 menunjukkan perubahan yang semakin ketara dalam cara ejen hartanah, pembeli, penjual dan pelabur berurusan dalam aktiviti mereka.

iProperty.com.my kini mula melabur dalam pasaran hartanah Malaysia dengan pelancaran aplikasi teknologi hartanah serba baharu dan sistem sokongan serta pakej yang dibuat khusus untuk ejen hartanah dalam pasaran masa kini.

Ini dibuat dengan objektif membentuk kerjasama erat dengan ejen hartanah dan membantu mereka memulihkan perniagaan dan pasaran hartanah dalam mengharungi wabak COVID-19 ini.

iProperty.com.my bakal pulihkan pasaran hartanah Malaysia dengan pelbagai pakej sokongan istimewa 8
Hartanah merupakan antara urus niaga paling signifikan dalam hayat seorang pengguna.

Di pasaran hari ini, pembeli mengidamkan maklumat dan analisis ejen hartanah dalam pencarian hartanah mereka.

Maklumat dan analisis adalah penting bagi ejen hartanah mendapat kepercayaan pengguna, seterusnya membawa kepada urus niaga.

Di samping itu, pencari hartanah juga telah berpindah ke platform atas talian dalam pencarian mereka dan COVID-19 telah mempercepatkan lagi proses perubahan ini.

iProperty PRO direka untuk mempersiapkan ejen hartanah dengan kelengkapan yang sesuai dan maklumat dalaman data hartanah bagi membantu mereka memulih dan mengembangkan hubungan dengan jutaan pencari hartanah di Malaysia, baik untuk pembelian, penjualan, penyewaan mahupun pelaburan.

iProperty.com.my bakal pulihkan pasaran hartanah Malaysia dengan pelbagai pakej sokongan istimewa 9

iProperty ingin terus bekerjasama dengan ejen hartanah bagi menyediakan mereka kelengkapan yang sesuai, sokongan dan pakej untuk terus berdaya maju.

iProperty PRO membantu ejen hartanah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah.

Ia juga merupakan aplikasi telefon pintar yang pantas dan mudah digunakan serta membolehkan ejen hartanah berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pencari hartanah pula mendapat manfaat daripada nasihat yang profesional dan boleh dipercayai, serta data terkini daripada ejen hartanah mereka sebelum membuat keputusan penting dalam membeli, menjual, menyewa atau melabur.

​Sokongan #iPropertyCares diperkenalkan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan pada Mac 2020 dan disusuli bahagian kedua apabila PKP dilanjutkan.

kini syarikat ini telah memperkenalkan bahagian ketiga di mana iProperty.com.my berusaha membantu ejen hartanah memulihkan perniagaan mereka di bulan-bulan mendatang:

1. iProperty PRO – Satu aplikasi teknologi hartanah serba baharu berasaskan maklumat dalaman data hartanah dan direka untuk telefon pintar bagi membolehkan ejen hartanah berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pakej fleksibel ini menawarkan nilai terbaik bagi membantu ejen hartanah terus berdaya maju dalam mengharungi tempoh sukar ini.

2. Diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO – Akaun baharu dan akaun yang disambung semula akan mendapat diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO jika melanggan pada bulan Mei atau Jun 2020. Untuk pakej-pakej tertentu sahaja.

3. Tiada pembayaran selama 90 hari untuk langganan iProperty PRO – Ejen hartanah tidak perlu membuat pembayaran sehingga hari ke-90.

Ini membantu meringankan aliran tunai mereka dalam tempoh sukar ini.

Pengecualian pembayaran ini diberi kepada langganan iProperty PRO baharu atau yang disambung semula. Pengecualian ini hanya untuk langganan yang dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit Visa dan Mastercard sahaja.

4. Lanjutan langganan akaun selama 30 hari percuma – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menerima lanjutan langganan selama 30 hari sekali sahaja secara percuma.

5. Diskaun sehingga 50% ke atas naik taraf (‘upgrade’) penyenaraian hartanah – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menikmati diskaun sehingga 50% ke atas penyenaraian hartanah 28 hari “Featured” dan “Premium” dalam bulan Mei dan Jun 2020.

“Pakej sokongan #iPropertyCares yang ketiga ini direka untuk membolehkan ejen hartanah kembali beroperasi.

iProperty ingin memelihara mata pencarian dan kerjaya ribuan ejen hartanah bebas di Malaysia yang terjejas akibat COVID-19 supaya mereka boleh kembali beroperasi, malah lebih baik daripada sebelumnya dalam bulan-bulan mendatang.

Kami membuat pelaburan ini bagi membolehkan ia berlaku”, Sean Liew, Pengurus Besar Jualan bagi Ejen dan Pemaju, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, berkata.

“Pelaburan kami dalam aplikasi teknologi hartanah dan data ini bersama-sama sokongan dan pakej yang ditawarkan semasa COVID-19 menjadi bukti komitmen kami kepada pasaran hartanah Malaysia. Kami berharap kerjasama dengan klien ejen hartanah kami ini akan menghasilkan impak positif, baik kepada pasaran hartanah Malaysia mahupun kepada ekonomi umumnya,” kata Sean Liew.

“Pasaran hartanah kini mengalami perubahan besar terutamanya selepas wabak COVID-19 melanda. Kami menjangkakan pasaran akan terus berkembang dan beradaptasi.

Dengan pelancaran aplikasi teknologi hartanah iProperty PRO ini, kami ingin memastikan ejen hartanah akan mendapat akses kepada data dan trend termaju dalam industri hartanah.

iProperty PRO dilengkapi maklumat pasaran hartanah dan maklumat dalaman terkini yang akan membantu ejen hartanah mengemudi arus perubahan dalam pasaran. iProperty PRO merupakan kelengkapan mudah alih yang diberi nilai tambahan dengan pakej bagi membantu ejen menonjolkan diri.

Digabungkan kesemuanya, kami percaya ia boleh membantu ejen hartanah kembali beroperasi ketika wabak COVID-19 ini”, Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar bagi Penyelesaian Data Pelanggan & Kualiti, REA Group Asia, berkata.

“Dengan akses kepada kumpulan terbesar pencari hartanah di Malaysia (iProperty.com.my) dan inovasi terkini dalam reka bentuk, data dan teknologi, iProperty PRO merupakan aplikasi teknologi hartanah dan platform bagi ejen hartanah berhubung dengan pasaran hartanah Malaysia,” kata Premendran.

  

  

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.