Poco F2 Pro akan mula ditawarkan di Malaysia 10 Jun ini – harga dari 1,999
Pocophone F2 Pro yang dilancarkan secara rasmi beberapa minggu lalu kini telah sahkan akan
Pocophone F2 Pro hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.67-inci, pemproses mercu Qualcomm Snapdragon 865, RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1.
Selain itu, Poco F2 Pro juga hadir bateri berkapasiti 4,700mAh dengan teknologi pengecasan pantas 20W, teknologi penyejukan LiquidCool 2.0, Poco Launcher 2.0, sokongan 5G, Wi-Fi 6 dan Super Bluetooth.
Beralih kepada kamera, Poco F2 Pro hadir dengan sensor quad-kamera 64MP Sony IMX686, sensor ultrawide 13MP, sensor telemakro 5MP dan sensor depth 2MP (membawakan rakaman video 8K).
Poco F2 Pro juga disertakan dengan sensor kamera selfie pop-up 20MP selain sensor capjari terbina dalam skrin.
Poco F2 Pro juga membawakan pelbagai ciri-ciri sampingan kini semakin lenyap pada telefon pintar seperti IR Blaster, bicu audio 3.5mm dan NFC.
Poco F2 Pro juga menawarkan ketahanan yang tinggi dengan pengunaan kelas Corning Gorilla 5 dibahagian hadapan dan belakang.
Poco F2 Pro akan didalam dua versi iaitu 6/128GB pada harga RM 2,199 manakala versi 8/256GB pada harga RM 2,599 (percuma penyejuk FunCooler bernilai RM 139).
Poco turut akan mengadakan penjualan kilat khas di Lazada yang menawarkan Poco F2 Pro pada harga RM 1,999 sahaja.