Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom kini rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 1,999 – flagship pada harga terbaik

realme X3 SuperZoom
realme secara rasminya telah melancarkan realme X3 SuperZoom ke pasaran Malaysia selang beberapa hari selepas pelancaran telefon pintar ini dipasaran Eropah.

realme X3 SuperZoom adalah telefon pintar yang menawarkan pengunaan lensa persikop 5x 8MP yang turut dibantu sensor utama 64MP dan perisian kamera untuk mencapai sehingga 60x zoom hibrid.

Dua lagi sensor kamera yang disertakan pada realme X3 SuperZoom adalah sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, realme X3 SuperZoom juga membawakan mod fotografi starry mode (gambar bintang dan bima sakti), NightScape 4.0 dan Tripod Mode yang memberikan pengalaman fotografi malam luar biasa.

Tidak setakat kamera, realme X3 SuperZoom juga disertakan dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.57-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz. 

Ianya adalah panel FHD+ yang turut disertakan dengan dwi-kamera selfie 32MP + 8MP yang turut membawakan mod NightScape Selfie.

Beralih kepada bahagian dalaman  realme X3 SuperZoom ini, ianya hadir dengan pemproses Snapdragon 855+ yang memiliki mata ujian AnTuTu 517,743, 12GB RAM dan 256GB storan dalaman jenis UFS 3.0.

realme X3 SuperZoom juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 4,200mAh + pengecasan pantas 30W Dart Flash Charge, teknologi penyejukan cecair baru, realme UI dan sensor capjari pantas pada sisi yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

realme X3 SuperZoom akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Artic White dan Glacier Blue pada harga penjualan RM 1,999 sahaja.

Penjualan realme X3 SuperZoom akan bermula di Lazada mulai sebelum penjualan di stor dan wakil pengedar sah bermula pada 2 Jun 2020 dengan penjualan kilat istimewa yang membolehkan anda membeli realme X3 SuperZoom pada harga RM 1,799 sahaja (stok terhad).

realme X3 SuperZoom versi 12/256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 2,299 dengan penjualan akan bermula pada 6 Jun eksklusif di semua wakil penjual rasmi dan disertakan dengan realme Buds Air secara percuma.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.