Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite kini rasmi – harga RM 1,699


Samsung secara rasminya telah mengumumkan tablet Galaxy Tab S6 Lite  ke pasaran Malaysia dan ianya kini ditawarkan pada harga RM 1,699.

Galaxy Tab S6 Lite hadir dengan skrin paparan WUXGA berukuran 10.4-inci pada resolusi 2000×1200, pemproses Exynos 9611, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan bateri berkapasiti 7,040mAh.

Bercakap mengenai kamera, Galaxy Tab S6 Lite memiliki kamera belakang 8MP f/1.9 manakala kamera selfie adalah 5MP f/2.0.

Samsung Galaxy Tab S6 Lite juga hadir dengan sokongan S-Pen, dua pembesar AKG + Dolby Atmos, OneUI 2 yang berasaskan Android 10 dan slot microSD (sehingga 1TB).

Samsung Galaxy Tab S6 Lite hadir didalam dua pilihan warna iaitu Oxford Gray dan Angora Blue dengan harga penjualan RM 1,699.

maklumat lanjut di : Samsung Malaysia 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.