Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 13
5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40

Dengan perintah PKPB yang masih berkuatkuasa, kebanyakkan rakyat Malaysia akan menyambut Hari Raya jauh dari kampung halaman mereka tahun ini.

Walaubagaimanapun, hasil penyelesaian inovatif HUAWEI, anda dapat membuat orang yang anda sayangi berada di dekat anda dan meraikan Raya bersama walaupun secara geografinya masih jauh.

Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar terbaru Siri HUAWEI P40.

Berikut adalah lima cara untuk terus berhubung pada Hari Raya ini, sambil menikmati prestasi yang lancar dan hebat yang ditawarkan oleh Siri HUAWEI P40 – telefon pintar terbaik dalam fotografi dan perhubungan dipasaran.

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 14

1. MeeTime: Mengubah landskap dalam teknologi panggilan video

Tidak ada pengganti beraya bersama orang yang anda sayangi secara peribadi.  Jika itu berkemungkinan, HUAWEI MeeTime adalah alternatif yang bagus. MeeTime merevolusikan panggilan video, memberikan kejelasan dan perhubungan yang optimum, latensi rendah dan penggunaan data yang lebih rendah. Ini bermaksud bahawa anda dapat terus berhubung, siang dan malam, walaupun dalam keadaan rangkaian yang rendah dan lemah.

Selain itu, MeeTime juga mempunyai fungsi perkongsian skrin yang membolehkan anda membuat nota dan anotasi secara langsung.

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 15

2. Nikmati, kongsi dan simpan detik-detik terindah anda dengan AI yang ditawarkan HUAWEI

HUAWEI Share : Satu sentuhan sahaja diperlukan untuk memastikan detik-detik Raya anda disimpan dengan selamat di seluruh peranti Huawei milik anda seperti Matebook dan MatePad. Memindahkan foto, video, muzik dan dokumen dari telefon pintar Siri P40 ke MateBook atau MatePad anda semudah satu sentuhan dengan HUAWEI Share.

HUAWEI Multi-Screen Collaboration: Multi-Screen Collaboration membolehkan pengguna memaksimumkan produktiviti dan kecekapan, dengan operasi dua peranti pada satu skrin.

Teknologi ini membolehkan anda mengambil panggilan video yang diterima pada Siri P40 di komputer riba anda – sehingga anda dapat melihat mereka yang memanggil anda di skrin yang lebih besar.

Selain itu, jika sambungan Wi-Fi anda terputus, anda hanya perlu membuat satu klik pada PC Manager untuk menyambungkan komputer riba anda ke rangkaian data selular telefon pintar anda untuk sambungan Internet segera.

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 16

3. Dapatkan pengalaman terbaik dalam penyambungan Internet dengan 5G dan Wi-Fi 6 Plus

Sebagai pakar terkemuka 5G di dunia, HUAWEI mempunyai kemampuan yang tiada tandingannya didalam memberikan anda pengalaman 5G terbaik. Dengan cipset Kirin 990 5G, Siri HUAWEI P40 telah dipersiapkan untuk era 5G.

HUAWEI P40 dan HUAWEI P40 Pro menyokong Dwi-SIM, jadi anda boleh menerima panggilan masuk dengan satu nombor dan melayari Internet dengan yang lain.

Siri P40 juga menyokong eSIM, yang memberi anda pilihan untuk mengganti salah satu kad SIM fizikal dengan eSIM, dan masih menikmati kemudahan sokongan Dual SIM.

Bagi rangkaian 5G, Siri HUAWEI P40 menyokong mod rangkaian NSA dan SA, serta sokongan jalur frekuensi 5G yanh komprehensif menawarkan perjalanan global tanpa gangguan.

Siri HUAWEI P40 menyokong Wi-Fi 6 Plus. Dengan memanfaatkan standard Wi-Fi 6, ia menyokong lebar jalur saluran 160MHz dan 1024-QAM untuk mencapai kadar transmisi teoritis puncak 2400Mbps dan penerimaan isyarat yang lebih baik.

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 17

4. Penuhkan Bateri dengan lebih pantas melalui Huawei Supercharge 40W

HUAWEI terkenal dengan kemampuan untuk menawarkan pengecasan yang selamat dan pantas pada perantinya. Siri HUAWEI P40 hadir dengan sokongan pengecasan HUAWEI SuperCharge Wired 40W.

Selain menggunakan power adapter, anda boleh memanfaatkan sokongan pengecasan 40W ini dengan aksesori seperti HUAWEI 12000 40W SuperCharge PowerBank dan HUAWEI SuperCharge Car Charger 2.

5 Cara Untuk Terus Berhubung & Kekal Berhubung Dengan Siri Huawei P40 Semasa Aidilifitri 18

5. Berkuasa Tinggi tanpa pembebasan haba yang melampau : Teknologi Penyejukan Inivatif daripada HUAWEI

Siri HUAWEI P40 menampilkan teknologi penyejukan peranti canggih yang lebih baik daripada teknologi penyejukan yang ditawarkan pada generasi sebelum ini.

HUAWEI P40 dilengkapi dengan filem penyejuk grafena 3D dan paip haba ultra nipis untuk menangani tugas pemprosesan dan haba berkapasiti tinggi yang dihasilkan oleh komunikasi 5G.

Bagi HUAWEI P40 Pro pula, filem graphene 3D disusun berdekatan dengan sumber haba untuk penyejukan yang optimum. Turut  disertakan adalah ruang wap ultra nipis, yang 100% lebih efisien berbanding dengan paip haba dengan ukuran yang sama.

Teknologi ini membolehkan pengguna bermain permainan intensif grafik selama berjam-jam di telefon pintar Siri P40 anda mengalami kepanasan yang melampau.

Dapatkan Siri Huawei P40 sekarang pada harga dari RM 2,799 sekarang melalui Huawei Express VIP Delivery 

Baca : ULASAN Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN !

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.