Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme X3 SuperZoom Malaysia – Pemproses Snapdragon 855+ Berkuasa Tinggi + UFS 3.0 Boost

Pertumbuhan jena realme dalam pasaran telefon pintar dunia tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya. Sehingga kini, realme dilaporkan telah mempunyai 35 juta pengguna global dan jumlah ini sentiasa meningkat.

Resepi kejayaan syarikat telefon pintar yang terkenal dengan slogan ‘Dare to Leap’ ini adalah inovasi produk pada harga yang berbaloi.

Selepas pelancaran realme 6 Pro baru-baru ini, realme Malaysia kini telah mengumumkan penawaran realme X3 SuperZoom pada 28 Mei ini yang bakal memberikan pengguna di Malaysia satu produk inovatif realme.

Snapdragon 855+

realme X3 SuperZoom dijanakan dengan cipset 7nm Qualcomm Snapdragon 855+ yang mengintegrasikan 8 teras Kyro CPU selain GPU Areno 640. Ianya menawarkan kelajuan sehingga 2.6GHz yang membolehkan penawaran prestasi berkuasa tinggi dan membolehkan anda bermain permainan video dan aplikasi berat dengan lancar.

Apabila dibandingkan dengan pemproses Snapdragon 855, pemproses Snapdragon 855+ yang digunakan pada realme X3 SuperZoom ini menawarkan 5% peningkatan didalam prestasi satu teras manakala prestasi GPU pula adalah 15% lebih baik.

Dengan pengunaan pemproses Snapdragon 855+ ini, realme X3 SuperZoom juga menyokong Snapdragon Elite Gaming dan skrin paparan QHD+ untuk pengalaman gaming yang tiada bandingan. Cip pemprosesan AI juga adalah tiga kali ganda lebih baik berbanding generasi sebelum ini.

Mata ujian AnTuTu Benchmark yang melebihi 510,000

Ujian AnTuTu Benchmark adalah bersandarkan kepada 4 dimensi iaitu CPU, GPU, RAM & ROM serta UX.

realme X3 SuperZoom memaksimakan prestasi CPU dan GPH manakala memori jenis UFS 3.0 (ROM) pula memberikan kelebihan apabila dibandingkan dengan telefon pintar lain dipasaran

Dari segi aspek UX pula, adengan penuh 120Hz menawarkan prestasi yang lancar dan teknologi dual-chanel jpg decoding meningkatkan kualiti akhir sekaligus meletakkan realme X3 SuperZoom sebagai telefon pintar Snapdragon 855+ dengan mata AnTuTu tertinggi.

UFS 3.0+ Turbo Write+ HPB

Bercakap mengenai ROM, realme X3 SuperZoom menggunakan sistem UFS 3.0 dwi-saluran. Di dalam optimasi algoritma, realme telah membangunkan Turbo Write dan teknologi HPB yang meningkatkan kelajuan sehingga 1500 MB/s. Ini membolehkan anda menyalin satu fail filem di dalam masa kurang dari 2 saat.

Dengan pemproses kelas flagship Snapdragon 855+, realme X3 SuperZoom dijangka akan menjadi satu lagi telefon pintar hangat realme di Malaysia.

Pastikan anda tidak terlepas menonton siaran langsung majlis pelancaran realme X3 SuperZoom pada 28 Mei ini di Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.