Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia – Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 17
Bercakap memgenai teknologi inovatif, HUAWEI telah berjaya dengan pelancaran generasi baru MateBook X Pro yang dipertingkatkan.

Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2018 sebagai notebook FullView pertama dipasaran, versi terbaru Huawei MateBook X Pro kembali dengan penambahbaikan dengan ciri-ciri flagship pada sebuah notebook  – sesuai untuk pengguna perniagaan pada tahun 2020.

MateBook X Pro menggabungkan pengalaman reka bentuk terbaik dan membolehkan anda bersedia untuk sebarang senario perniagaan, meningkatkan produktiviti, melindungi privasi anda dan akhirnya peranti mudah alih yang anda perlukan pada setiap ketika.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang menjadikan MateBook X Pro sebagai komputer riba yang terkemuka.

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 18

Tingkatkan Kreativiti Perniagaan

Apabila anda menggunakan MateBook X Pro, sukar untuk anda mengalihkan tumpuan daripada skrin paparan Ultra FullView komputer riba ini- bezel nipis dengan nisbah skrin-ke-badan 91% yang mengagumkan dan nisbah 3: 2 yang tidak konvensional untuk paparan, menjadikanya sesuai untuk produktiviti berbanding komputer riba skrin lebar dipasaran – paparan yang lebih besar juga bermaksud anda dapat melihat lebih banyak dan melakukan lebih banyak perkara, jadi anda juga dapat bekerja dengan lebih cekap dan efisen.

Anda juga tidak akan terlepas sebarang maklumat penting kerana skrin resolusi 3K akan menghidupkan semua warna dan kandungan dengan terperinci – ciri multi-touch 10-point dan Fingers Gesture Screenshot tambahan juga akan membolehkan anda berinteraksi dengannya dengan lebih intuitif.

Sebagai pendamping gaya hidup digital, anda pasti akan menghabiskan masa untuk menaip dan berkerja dengan notebook ini.

Dengan MateBook X Pro, anda tidak perlu risau kerana kehabisan bateri kerana ia dilengkapi dengan bateri 56Wh yang menawarka hayat bateri tanpa gangguan sehingga 15 jam!

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 19

      sumber gambar : Masterfile

Produktiviti Adalah Penting

Jika terdapat cara untuk bekerja dengan lebih cekap dan produktif, HUAWEI Share adalah cara yang tepat.

Dengan memanfaatkan teknologi EMUI10 Huawei yang memungkinkan untuk Kerjasama Berbilang Skrin, anda boleh menyambungkan telefon pintar ke komputer riba dan mula berkerja.

Anda kini dapat mengawal kedua-dua skrin sekaligus tanpa menggunakan kabel. Jawab panggilan di komputer riba anda, seret dan lepaskan fail, foto dan video antara kedua-duanya dan kini anda sudah bersedia menghadapi cabaran kerja sepanjang hari.

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 20

Seharian penuh dengan mesyuarat perniagaan, panggilan video dan membuat laporan pasti akan memberi tekanan pada mata dan mungkin menimbulkan rasa tidak selesa ketika anda berkerja lebih masa.

Di sinilah mod keselesaan mata MateBook X Pro berguna – anda boleh menyesuaikan kecerahan dan tona skrin mengikut pilihan anda untuk pengalaman yang lebih lancar dan selesa.

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 21

Sentiasa berwaspada dengan kamera komputer anda? – berapa banyak daripada anda yang mempunyai pelekat atau penutup untuk menyekat  operasi kamera komputer riba anda semasa ia tidak digunakan?  

Keprihatinan keselamatan ini akan menjadi sesuatu yang tidak relevan bagi anda dengan kamera tersembunyi MateBook X Pro yang muncul dari dalam papan kekunci hanya apabila anda menginginkannya, sehingga anda dapat memperoleh ketenangan di mana sahaja anda pergi.

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 22

Komputer Riba yang Ringan untuk Tugas yang Berat

Semua ciri MateBook X Pro hadir dalam bingkai ultra-mudah alih dan ramping.

MateBook X Pro mempunyi ukuran 14.6mm pada titik paling tebal dengan berat hanya 1.33kg. Ini membolehkan anda memasukkannya ke dalam beg bimbit atau beg galas kegemaran anda dengan mudah dan tidak perlu bimbang membawa mesin kerja yang berat.  

Dalam persekitaran kerja hari ini, adalah tidak janggal jika seseorang mempunyai beberapa peranti untuk bekerja dan bermain, dan MateBook X Pro dilengkapi dengan pengecas Type-C 2-in-1 65W yang dapat digunakan untuk mengecas komputer riba anda juga telefon pintar anda. Anda tidak perlu lagi membawa powerbank atau beberapa pengecas tambahan semasa anda bekerja di luar rumah atau pejabat anda.

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 23

Prestasi Membanggakan untuk Setiap Senario

Huawei MateBook X Pro kini di Malaysia - Komputer Riba Flaghsip Terbaik Untuk Perniagaan Anda 17

Inovasi MateBook X Pro juga berterusan dari segi dalaman walaupun ianya hadir dengan profil yang ringan dan mudah alih – ia dilengkapi dengan Intel Core ™ i7-10510U Generasi ke-10 dan dilengkapi dengan NVIDIA ® GeForce ® MX250 yang berjalan pada 2GB GDDR5. Ini bermakna anda boleh menggunakan buku nota untuk semua keperluan perniagaan anda, sama ada persembahan penting yang dilengkapi dengan grafik berat, penyuntingan video atau bahkan permainan dan penggunaan multimedia – MateBook X Pro akan melakukan semuanya dengan lancar.

Anda juga tidak perlu risau tentang kapasiti storan dengan MateBook X Pro – Ianya disertakan dengan 16GB RAM dan SSD 1TB yang akan memastikan anda dapat menyimpan seberapa banyak data yang anda mahukan tanpa melambatkan komputer riba anda ini.

Huawei MateBook X Pro 2020 Malaysia

Huawei MateBook X Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 7,999 dan setiap pembelian akan turut menerima Huawei Sound X yang bernilai RM 1,299 secara percuma.

Dapatkan Huawei MateBook X Pro di Huawei Store sekarang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.