Vivo iQOO Z1 kini rasmi – telefon pintar pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 1000+ 5G pada harga serendah RM 1,343
Vivo iQOO Z1 kini rasmi – telefon pintar pertama dengan cipset MediaTek Dimensity 1000+ 5G pada harga serendah RM 1,343
iQOO secara rasminya telah mengumumkan pelancaran iQOO Z1 yang merupakan telefon pintar pertama didunia dengan cipset MediaTek Dimensity 1000+.
Walaubagaimanapun iQOO Z1 ini bukanlah model telefon pintar yang baru dan ianya adalah iQOO Neo 5G dengan cipset Dimensity 1000+ dan bukanya Snapdragon 865.
Ini bermaksud iQOO Z1 hadir dengan panel skrin punch-hole berukuran 6.57-inci dengan resolusi 1080p+, kadar segar semula 144Hz, HDR10 dan nisbah skrin 20:9.
Dibahagian belakang, iQOO Z1 ini hadir dengan tetapan sensor utama 48MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP.
Pemproses MediaTek Dimensity 1000+ ini juga hadir bersama 6/8/12GB RAM dengan storan dalaman jenis UFS 3.1 sehingga 256GB.
iQOO Z1 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang turut mempunyai sokongan pengecasan pantas 44W( 0-100% dalama masa kurang 60 minit), sistem penyejukan Multi Turbo 3.5+, pembesar suara stereo, kamera selfie 16MP, sensor capjari disisi dan iQOO UI yang berasaskan Android 10.
iQOO Z1 6/128GB – CNY 2,198 – RM 1,343
iQOO Z1 8/128GB – CNY 2,498 – RM 1,526
iQOO Z1 3 8/256GB – CNY 2,798 – RM 1,710
Maklumat penjualan antarabangsan iQOO Z1 masih belum diketahui.