Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo X50 dengan teknologi pengstabilan kamera gimbal akan dilancarkan pada 1 Jun 2020


Vivo dijangka akan melancarkan telefon pintar vivo X50 yang akan membawakan teknologi pengstabilan seperti gimbal yang tidak pernah dilihat pada telefon pintar.

Vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Jun ini dan fokus utama telefon pintar ini nampaknya adalah kepada penawaran teknologi pengstabilan gimbal dengan lensa yang boleh berputar ke semua arah.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di akaun Weibo Vivo, vivo X50 akan hadir dengan modul kamera yang menempatkan 4 unit kamera iaitu satu sensor ‘besar’ dengan teknologi pengstabilan gimbal, dua sensor biasa dan satu sensor periskop dan terdapat tulisan ‘Pro’ pada modul kamera ini.

Ini mungkin bermaksud bahawa vivo X50 akan hadir didalam dua varian iaitu X50 dan X50 Pro.

Pelancaran telefon pintar dengan teknologi pengstabilan kamera seperti gimbal sudah pasti akan menerima respon positif pengguna dan sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi telefon pintar ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.