Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Redmi Note 9, Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite kini di Malaysia pada harga dari RM 649 sahaja

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi Note 9, Redmi Note 9 Pro dan Mi Note 10 Lite ke pasaran Malaysia.

Pelancaran global tiga model telefon pintar ini telah dilancarkan minggu lalu dan kini penawaran dan harga penjualan di Malaysia telah diumumkan.

Xiaomi Redmi Note 9 akan hadir dengan harga penjualan RM 649 bagi versi 3/64GB manakala versi 4/128GB pula akan hadir dengan harga RM 749 ( eksklusif di Mi Store Malaysia – percuma Powerbank Redmi 10,000mAh).

Redmi Note versi 4/128GB kini dibuka untuk pra-tempahan mulai hari ini (11-17 Mei) manakala versi 3/64GB pula akan ditawarkan mulai 18 Mei secara eksklusif di Shopee

Redmi Note 9 versi 3/32GB juga akan ditawarkan pada harga RM 599 sahaja pada 18 Mei ini (penjualan kilat).

Pra-tempah Redmi Note 9 di Shopee

Xiaomi Redmi Note 9 Pro pula akan hadir dengan harga penjualan RM 1,099 iaitu bagi versi 6/128GB dan setiap pembelian ketika tempoh pra-tempahan (11-17 Mei 202) akan menerima satu unit Redmi powerbank 10,000mAh secara percuma.

Pra-tempahan Redmi Note 9 Pro boleh dilakukan di Lazada

Xiaomi Mi Note 10 Lite juga telah dilancarkan ke pasaran Malaysia dan ianya akan hadir dengan harga penjualan RM 1,599 iaitu bagi versi 8/128GB.

Mi Note 10 Lite akan mula ditawarkan hari ini di Lazada dan pembelian terawal akan manerima Mi Business Backpack 2 secara percuma manakala pembelian di stor Mi Malaysia pula akan menerima Redmi Powerbank 20,000mAh secara percuma.

Beli Mi Note 10 Lite di Lazada

Xiaomi Malaysia juga telah mengumumkan harga baru bagi Redmi Note 8 Pro 6/128GB pada harga RM 899 manakala Redmi Note 8 hadir pada harga RM 699 bagi versi 6/128GB dan RM 599 bagi versi 4/64GB.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.