Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Malaysia kini mempunyai 11% pasaran telefon pintar Malaysia

Laporan terbaru bagi analisa pasaran telefon global oleh Canalys bagi suku pertama 2020 telah memberikan satu pencapaian luar biasa oleh realme.

realme Malaysia kini telah melonjak ke tangga ke-4 didalam pasaran telefon pintar Malaysia dengan 11% pegangan pasaran.

Pencapaian ini telah membolehkan realme mengatasi Xiaomi sebagai syarikat telefon pintar No.4 di Malaysia.

Selain itu, realme Malaysia juga telah menyaksikan pertumbuhan sebanyak 406% berbanding suku pertama tahun lalu sekaligus menjadikan syarikat ini sebagai syarikat telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Malaysia.

Selain itu, realme juga telah dinobatkan sebagai syarikat telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan tertinggi di Rantau Asia Tenggara pada suku pertama 2020 iaitu di Vietnam, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Ditangga pertama pasaran telefon pintar Malaysia adalah Samsung dengan 23%, diikuti Vivo dengan 21% manakala Oppo ditempat ketiga dengan 18% pegangan pasaran.

Baca : ULASAN realme 6 Pro Malaysia : Lebih banyak ciri flagship pada harga RM 1,399 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.