Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero

Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero 1
Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero

Telefon pintar kelas flagship Huawei yang terbaru iaitu Huawei P40 dan Huawei P40 Pro telah memasuki pasaran Malaysia pada awal bulan ini dengan harga dari RM 2,799 sahaja.

Didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu susulan daripada wabak Covid-19 yang telah menyebabkan Kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac lalu, pasti ramai yang terpaksa menundakan hasrat untuk memiliki telefon siri Huawei P40 ini kerana aliran tunai yang rendah.

Untuk mengatasi dilema ini, Huawei telah berkerjasama dengan syarikat telekomunikasi  U Mobile untuk menawarkan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro pada harga serendah dari RM 999.

Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero 2
Pelan Unlimited Hero Bagi Huawei P40

Jika Huawei P40 ditawarkan pada harga RM 999 sahaja, Huawei P40 Pro juga boleh dimiliki pada harga RM 1,699 sahaja iaitu melalui pelan Unlimited Hero P139.

Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero 3
Pelan Unlimited Hero Bagi Huawei P40 Pro

Selain itu, Huawei P40 atau Huawei P40 Pro juga boleh dimiliki melalui satu lagi jenis pelan Unlimited Hero yang hadir dengan komitmen bulanan lebih murah iaitu Unlimited Hero P99.

Harga Huawei P40 dibawah pelan ini adalah RM 1,299 manakala Huawei P40 Pro adalah RM 1,949.

Selain itu, U Mobile juga menawarkan pengecualian bayaran pendahuluan bagi pelanggan yang layak.

Seperti ketika promosi pra-tempahan, Pembelian Siri Huawei P40 juga akan disertakan dengan pakej hadiah percuma yang bernilai RM 697 seperti dibawah :

Dapatkan siri Huawei P40 pada harga serendah RM 999 melalui pelan U Mobile Unlimited Hero 4

Huawei P40

  • bekas Wireless Charging bernilai  RM 289
  • 1 tahun lanjutan waranti dan 1 bulan waranti skrin bernilai RM 248
  • 3 bulan langganan Huawei Video bernilai RM 113.40
  • 12 bulan storan Huawei Cloud 50GB bernilai RM 46.80

Huawei P40 Pro

  • Pengecas SuperCharge Wireless Car bernilai RM 249
  • 1 tahun lanjutan waranti dan 1 bulan waranti skrin bernilai RM 248
  • 3 bulan langganan Huawei Video bernilai RM 113.40
  • 12 bulan storan Huawei Cloud 50GB bernilai RM 46.80

Sebagai tambahan, Huawei juga menawarkan pelbagai tawaran menarik yang bernilai sehingha RM 2,381 di Huawei Member Centre.

Dapatkan Huawei P40 atau Huawei P40 Pro melalui U Mobile dengan menekan pautan dibawah :

HUAWEI P40
HUAWEI P40 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.