Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pertandingan PUBG realme 6 tawarkan wang tunai sehingga RM 10,000


Pertandingan PUBG realme 6 tawarkan wang tunai sehingga RM 10,000 5
Pertandingan PUBG realme 6 tawarkan wang tunai sehingga RM 10,000

realme Malaysia telah mengumumkan penganjuran pertandingan eSukan PUBG pertama  anjuran realme dengan inisiatif #stayREALathome yang menggalakan rakyat Malaysia untuk kekal dirumah dan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh syarikat ini.

Pertandingan PUBG realme 6 tawarkan wang tunai sehingga RM 10,000 6

realme 6 versi 8GB RAM akan dilancarkan di Malaysia pada 28 April ini

Pengumuman pertandingan PUBG yang dianjurkan realme ini menyusul selepas baru mengesahkan bahawa realme 6 versi 8GB RAM + 128GB ROM akan memasuki pasaran Malaysia.

Dengan pengumuman ini, realme telah mengesahkan pertandingan PUBG ini akan menawarkan hadiah keseluruhan yang bernilai RM 10,000 dan akan berlangsung dari 28 hingga 30 April 2020.

Pertandingan selama 3-hari ini dijangka akan disertai oleh ramai pakar gamers diseluruh negara yang akan dinobatkan sebagai realme 6 Tournament’s Champion.

Pendaftaran bagi realme 6 Tournament kini dibuka mulai hari ini sehingga 27 April 2020 dan jika anda berminat sila buat pendaftaran melalui pautan di INI

Peserta yang terpilih akan diumumkan oleh realme selepas pendaftaran ditutup.

Pertandingan PUBG ini akan bermula dengan pusingan kelayakan yang akan bermula pada 28 April dari jam 10.30 pagi dan berakhir dengan peringkat Grand Final pada 30 April 2020.

Daftar Sekarang untuk realme 6 PUBG Tournament

Jumlah Hadiah Keseluruhan :

Juara-  RM2500 + realme 6 smartphone 

 Naib Juara – RM1500

 Tempat Ke-3 – RM1000

 Tempat Ke-2 – RM800

 Tempat ke-5- RM600

 Tempat ke-6- RM550

 Tempat ke-7- RM500

 Tempat ke-8- RM450

 Tempat ke-9- RM400

 Tempat ke-10- RM350

Tempat ke-11- RM300

Tempat ke-12 – RM250

Tempat ke-13 – Tempat ke-15 – RM200

Pertandingan PUBG anjuran realme ini akan turut distrim secara langsung di laman Facebook realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.