Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V19 akan dilancarkan di Malaysia pada 23 April ini

Vivo Malaysia telah mengesahkan bahawa vivo V19 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 23 April ini dan pelancaran ini akan diadakan secara langsung di laman Facebook Vivo Malaysia yang akan berlangsung pada jam 6 petangZ

Penonton juga berpeluang memenangi salah satu daripada tiga unit vivo V19 yang ditawarkan bagi penonton bertuah siaran langsung ini.

Terus ke spesifikasi, Vivo V19 ini hadir ke pasaran sebagai telefon pintar pertama syarikat untuk hadir dengan skrin paparan dual-punch hole ‘Ultra O’.

Ianya menggunapakai skrin paparan Super AMOLED FHD+ berukuran 6.44-inci yang memiliki sensor capjari terbina dalam skrin dan pada punch-hole ini, vivo menyertakan satu unit sensor 32MP f/2.1 dan satu sensor ultrawide 8MP dengan aperture f/2.3.

Dari segi pemprosesan dalaman, vivo V19 akan hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712, 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Beralih kepada kamera, Vivo V19 memiliki tetapan quad-kamera dengan susunan-L seperti pada vivo V17. Ianya adalah sensor utama 48MP + 8MP ultrawide + 2MP depth dan 2MP sensor makro. Menarik pada model ini adalah kedua-dua sensor belakang dan swafoto menyokong mod malam Super Night dan video Ultra Stable.

Bateri yang disertakan pada Vivo V19 adalah yang berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 33W yang menggunakan USB-C dan terdapat teknologi penyejukan ‘Copper Tube Liquid Cooling’.

Vivo V19 akan hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

Jangan lupa saksikan siaran langsung majlis pelancaran vivo V19 dan menangi telefon pintar baru ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.