Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi akan menawarkan promosi #ShopOnlineWithMi pada 20 April ini – Redmi Note 9S (6/128GB) hanya RM 849


Xiaomi Malaysia telah mengumumkan promosi pembelian secara online #ShopOnlineWithMi yang terbaru dengan tujuan untuk menawarkan Mi Fans dan pengguna pengalaman pembelian secara online yang terbaik sepanjang tempoh PKP.

Xiaomi Malaysia akan mengadakan siaran langsung khas yang akan memfokuskan kepada pelbagai produk IoT Pintar dan telefon pintar Xiaomi yang popular.

Antara telefon pintar yang akan ditawarkan pada promosi istimewa asalah Redmi Note 9S yang dilancarkan baru-baru ini, Mi Note 10 Pro dan Redmi Note 8 Pro.

Bagi produk ekosistem, Xiaomi akan menawarkan Mi Smart Projector Mini, Mi Air Purifier Pro dan Mi Robot Vacuum pada harga istimewa.

Tawaran PWP (purchase with purchase) juga akan ditawarkan bagi beberapa produk ketika penjualan livestream ini.

Pastikan anda menonton siaran langsung #ShopOnlineWithMi di FB Xiaomi Malaysia atau Stor Xiaomi di Lazada pada jam 2 hingga 3.30 petang (Isnin, 20 April 2020).

Ketika livestream ini, kod baucar juga akan diberikan kepada pelanggan yang boleh digunakan untuk mendapatkan diskaun menarik bagi produk Xiaomi yang terpilih (baucar ini hanya sah ketika livestream ).

Selain promosi ini, Xiaomi Malaysia juga akan melancarkan Xiaomi Mi 10 dan Mi 10 Pro ke pasaran Malaysia pada 22 April ini.

Berikut adalah senarai produk yang akan ditawarkan pada harga dan promosi istimewa :

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.