Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Huawei P40 dinobatkan sebagai telefon pintar gambar terbaik TIPA World Awards 2020

Huawei Mobile secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri telefon pintar Huawei P40 terbaru syarikat ini telah menerima anugerah TIPA World Awards 2020 bagi sebagai telefon pintar terbaik untuk pengambilan gambar (BEST PHOTO SMARTPHONES OF 2020).

Apa yang menarik adalah ketiga-tiga model didalam siri Huawei P40 iaitu P40, P40 Pro dan P40 Pro+ telah menerima anugerah ini.

Anugerah ini membuktikan lagi kehebatan teknologi fotografi yang ditawarkan pada siri Huawei P40 ini dan pengesahan ini tiba selepas DxOMark menobatkan Huawei P40 Pro sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik di pasaran dengan 128 mata.

Huawei P40 dan Huawei P40 Pro kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,799 dan RM 3,899.

Huawei Malaysia kini menawarkan perkhidmatan penghantaran HUAWEI Express VIP Delivery yang membolehkan anda menerima telefon pintar baru anda didalam masa 6 jam sahaja.

beli siri Huawei P40 dengan Huawei Express Delivery di : https://shop.huawei.com/my/o2o-sale.html

Ulasan Huawei P40 Pro – kemuncak fotografi dan prestasi pada telefon pintar

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.