Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bank Islam Investment Melancarkan BEST Invest, Aplikasi Pelaburan Lestari Atas Talian Robo-Pintar Shariah-ESG Pertama Di Dunia

BIMB Investment Management Berhad (“BIMB Investment”), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, telah mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih pelaburan atas talian BEST Invest (BEST Invest), platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama oleh BIMB Investment.

Aplikasi BEST Invest menawarkan struktur yang sistematik, telus, dan tersusun
untuk pembinaan kekayaan individu melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar.

Sedang dunia beralih dengan pesat ke arah perkhidmatan berteraskan teknologi digital, ruang pengurusan dana dan kekayaan turut juga berubah.

Pengurusan dana dan kekayaan digital akan membina dan mengurus pelaburan dalam portfolio kekayaan dengan cekap yang merentasi kelas aset, geografi dan ekonomi.

Robo-Pintar dan teknologi data besar akan bertambah penting untuk generasi seterusnya dalam pengurusan dana dan kekayaan bagi memacu prestasi yang konsisten serta pengurusan risiko yang baik.

Aplikasi BEST Invest merupakan komitmen BIMB Investment untuk membawa pengurusan dana melalui digital yang dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Aplikasi BEST Invest menawarkan individu peluang untuk mula melabur dengan memilih, sama ada fungsi “Do it for Me”’ (Lakukan untuk Saya) atau “Do it Myself” (Lakukan Sendiri), dalam aplikasi.

Sebagai ilustrasi, fungsi “Do it for Me” membolehkan sistem Robo-Pintar mengenal pasti dan memilih kaedah pelaburan terbaik, dana yang sesuai dan jumlah pelaburan berdasarkan profil risiko pelabur.

Pelabur kini boleh menguruskan pelaburan mereka dengan lebih bijak dan boleh memberi tumpuan yang lebih kepada mencapai matlamat pelaburan mereka.

Secara alternatif, fungsi ”Do it Myself” membolehkan para pelabur membuat keputusan mereka sendiri dan melabur dalam dana pilihan mereka tanpa bantuan sistem Robo-Pintar BEST Invest.

Pelabur boleh mula melabur dan membina matlamat pelaburan mereka dengan aplikasi BEST Invest melalui pelaburan minima RM10, tanpa sebarang caj penjualan. Pelabur juga boleh melabur dan/atau mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan penularan wabak COVID-19 masa kini, pasaran saham global telah mengalami
kemerosotan dan menawarkan nilai yang menarik. Najmuddin berkata, “tempoh ketidakstabilan ini adalah masa yang baik untuk melabur tetapi penting juga untuk pelabur memahami dan mengukur tahap toleransi mereka terhadap risiko pelaburan.

Untuk memuat turun aplikasi BEST Invest, sila lawati Apple AppStore atau GooglePlay Store atau layari www.bimbinvestment.com.my

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.