Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 6i kini rasmi di Malaysia – Helio G80, Bateri 5,000mAh dengan harga dari RM 699


realme Malaysia secara rasminya telah melancarkan realme 6i ke pasaran tempatan dengan harga penjualan dari RM 699.

realme 6i merupakan satu lagi varian didalam keluarga realme 6 dan menariknya realme 6i  hadir dengan reka bentuk panel belakang oleh Naoto Fukusawa yang merupakan pereka bentuk terkemuka dunia.

 

Bercakap mengenai spesfikasi, realme 6i mungkin hadir dengan skrin paparan HD+ minidrop berukuran 6.5-inci, pemproses MediaTek Helio G80, 3 atau 4GB RAM dengan storan dalaman 64GB atau 128GB.

beralih kepada kamera, realme 6i akan hadir dengan tetapan quad-kamera dibahagian belakang iaitu sensor utama 48MP + sensor ultrawide 8MP + sensor makro 2MP dan sensor potret B&W 2MP. Kamera selfie yang disertakan pada realme 6i adalah unit 16MP.

Lebih menarik, realme 6i akan disertakan dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C.

realme 6i akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Green Tea dan Milk White.

realme 6i versi 3/64GB akan ditawarkan mulai 23 April ini secara eksklusif di Shopee dan sempena penjualan pertama ini, realme 6i akan ditawarkan pada harga RM 599 (jimat RM 100).

Dapatkan realme 6i di Shopee

realme 6i versi 4/128GB pula akan hadir dengan harga penjualan RM 899 di semua wakil pengedar sah mulai 25 April.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.